Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi Waze_imagebywisermy2

Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze – Berkuat Kuasa Serta-Merta

Diterbitkan Oktober 21, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 21, 2026 oleh Amalina Athman

Kerajaan memutuskan untuk melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan anggota perkhidmatan awam berkuat kuasa serta-merta menerusi arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Arahan bertarikh 20 Oktober 2026 itu dibuat susulan keputusan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bil. 3/2026 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi arahan berkenaan, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan diminta memastikan keputusan itu dimaklumkan kepada pegawai di bawah seliaan masing-masing, termasuk agensi dan jabatan berkaitan, untuk dilaksanakan dengan serta-merta.

Sebelum ini, Anwar memaklumkan bahawa mesyuarat JKSN turut meneliti risiko keselamatan maklumat dan data pergerakan rakyat berkaitan penggunaan aplikasi berkenaan, yang terikat di bawah undang-undang Israel. Kerajaan turut menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi navigasi tempatan TuJu sebagai alternatif kepada Waze.

Berkaitan

  • LLM Lancar Aplikasi Navigasi Lebuh Raya TuJu
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
©2026 WISER.MY