Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Short limit_kredit wisermy_2

Pengguna Kini Boleh ‘Matikan’ YouTube Shorts – Ini Caranya

Diterbitkan April 16, 2026 · Dikemas kini April 16, 2026 oleh Amalina Athman

Tetapan pengurusan masa YouTube kini menawarkan pilihan had masa sifar minit bagi Shorts, sekali gus menghilangkan sepenuhnya kandungan tersebut daripada aplikasi di Android dan iOS.

Untuk makluman, pilihan ini merupakan kemas kini kepada had harian Shorts yang sebelum ini hanya membenarkan tempoh minimum selama 15 minit. Dengan pilihan baharu ini, pengguna boleh ‘mematikan’ akses kepada Shorts jika tidak mahu lagi melihat video pendek tersebut dalam aplikasi.

Apabila had yang ditetapkan telah dicapai, tab Shorts tidak lagi memaparkan sebarang video. Sebaliknya, pengguna hanya akan melihat notifikasi bahawa had telah dicapai. Shorts juga tidak lagi muncul pada paparan utama, menjadikannya seolah-olah dinyahaktifkan sepenuhnya.

off youtube shorts_7
Akaun Dewasa
off YouTube Shorts_4
Akaun diselia ibu bapa

Namun begitu, terdapat perbezaan antara akaun dewasa dan akaun kanak-kanak yang diselia ibu bapa. Akaun dewasa masih mempunyai pilihan untuk mengabaikan had yang ditetapkan, manakala akaun kanak-kanak hanya diberikan pilihan untuk kembali ke halaman utama tanpa boleh meneruskan tontonan.

Cara tetapkan had harian Shorts kepada 0 minit

Perlu diketahui bahawa ciri ini dilancarkan secara berperingkat dan mungkin belum tersedia untuk semua pengguna. Untuk mengaktifkannya, ikut langkah berikut:

  1. Buka aplikasi YouTube dan pergi ke tab “You”.
  2. Masuk ke bahagian “Settings” dan pilih “Time management” atau Pengurusan masa.
  3. Tatal (scroll) ke bawah sehingga menemui pilihan “Shorts Feed limit” dan tetapkan kepada “0 Minutes”.
off YouTube Shorts_2
off YouTube Shorts_1

Selepas diaktifkan, apabila pengguna membuka Shorts, satu mesej akan dipaparkan menandakan had telah dicapai. Bagi akaun dewasa, YouTube turut menyediakan pilihan untuk mengabaikan had tersebut jika mahu.

Cara ‘matikan’ Shorts untuk akaun kanak-kanak

Untuk menggunakan tetapan ini, pengguna perlu mempunyai akaun kanak-kanak yang diawasi (supervised account). Jika belum ada, akaun tersebut perlu disediakan terlebih dahulu – ikut caranya di SINI.

Seterusnya, ikut langkah berikut:

  1. Buka aplikasi YouTube dan pergi ke tab “You”. Pastikan anda menggunakan akaun ibu bapa, bukan akaun yang diselia.
  2. Pergi ke bahagian “Settings”, klik “Family Center” atau Pusat Keluarga dan pilih akaun anak.
  3. Pilih “Pengurusan Masa”. Di bawah “Had suapan Shorts”, tetapkan kepada “0 Minit”.
  4. Selesai.
off youtube shorts akaun diselia_1
off youtube shorts akaun diselia_2

Selepas tetapan ini diaktifkan, apabila akaun kanak-kanak membuka Shorts, mereka akan melihat notifikasi bahawa had harian telah dicapai dan hanya diberikan pilihan “Go to home”.

off youtube shorts akaun diselia_4

Berbeza dengan akaun dewasa, akaun kanak-kanak tidak boleh mengabaikan atau menukar had yang telah ditetapkan oleh ibu bapa. Tetapan ini hanya boleh diuruskan oleh ibu bapa dan boleh diubah semula pada bila-bila masa jika diperlukan.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Ibu Bapa Kini Boleh Kawal Had Masa YouTube Shorts Untuk Akaun Remaja
  • YouTube Hampiri 3 Bilion Pengguna, Netflix Cecah 1 Bilion
  • Cara Tambah Profil YouTube Untuk Kanak-Kanak - Tak Perlu Peranti Atau Akaun Berasingan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
©2026 WISER.MY