Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube_featured wiser

Cara Tambah Profil YouTube Untuk Kanak-Kanak – Tak Perlu Peranti Atau Akaun Berasingan

Diterbitkan April 16, 2026 · Dikemas kini April 16, 2026 oleh Amalina Athman

YouTube menyediakan cara yang lebih mudah untuk ibu bapa memastikan anak-anak menggunakan akaun yang sesuai dengan umur, terutamanya apabila berkongsi peranti yang sama.

Melalui ciri akaun kanak-kanak yang diawasi (supervised account), ibu bapa boleh menetapkan profil khas yang dipantau, memilih kandungan yang bersesuaian, menetapkan pengurusan masa, serta mengasingkan sejarah tontonan video antara ibu bapa dan anak.

Menariknya, akaun kanak-kanak ini boleh dicipta tanpa perlu menggunakan peranti berasingan atau menyediakan akaun Google dan kata laluan.

Cara tambah ‘supervised account’ di YouTube (guna peranti ibu bapa)

Berikut langkah untuk mencipta akaun kanak-kanak yang diawasi melalui aplikasi YouTube di peranti ibu bapa. 

  1. Buka aplikasi YouTube dan pastikan log masuk menggunakan akaun Google ibu bapa.
  2. Pergi ke tab “You” dan tekan “Settings”.
  3. Masuk ke Family Center (Pusat Keluarga) dan pilih “Tambahkan akaun kanak-kanak”.
  4. Ikuti arahan pada skrin untuk melengkapkan proses penciptaan akaun.
buat akaun kanak-kanal diawasi_2
buat akaun kanak-kanal diawasi_3
buat akaun kanak-kanal diawasi_4

Setelah selesai, pengguna boleh beralih antara akaun ibu bapa dan akaun kanak-kanak dengan mudah. Caranya, pergi ke tab “You”, tekan bahagian “Account” di penjuru atas, kemudian pilih akaun yang ingin digunakan.

Kawalan penuh dari ibu bapa

Dengan akaun khas ini, ibu bapa boleh memantau dan mengawal penggunaan anak secara terus melalui akaun utama.

Semua tetapan boleh diuruskan di Family Center, termasuk had masa penggunaan, waktu rehat (bedtime), jenis kandungan yang boleh ditonton, serta tetapan privasi.

off youtube shorts akaun diselia_4

Sebagai contoh, YouTube kini membenarkan ibu bapa menetapkan had harian Shorts sehingga 0 minit, bermakna anak tidak akan dapat mengakses video pendek tersebut langsung. Tetapan ini tidak boleh diubah daripada akaun kanak-kanak dan hanya boleh dikawal oleh ibu bapa melalui akaun utama.

Bagi mengetahui cara ‘mematikan’ YouTube Shorts di akaun anak, ikut langkah di SINI.

Berkaitan

  • Ibu Bapa Kini Boleh Kawal Had Masa YouTube Shorts Untuk Akaun Remaja
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pengguna Kini Boleh 'Matikan' YouTube Shorts - Ini Caranya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
©2026 WISER.MY