Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri Baharu WhatsApp Nanti Bakal Benarkan Anda Tambah Pautan Di Profil

Ciri Baharu WhatsApp Nanti Bakal Benarkan Anda Tambah Pautan Di Profil

Diterbitkan Februari 14, 2025 · Dikemas kini Februari 14, 2025 oleh Amsyar Latif

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menambah pautan akaun media sosial ke profil mereka. Melalui kemas kini beta terbaru untuk iOS 25.3.10.72, pengguna akan mempunyai pilihan untuk memaparkan akaun media sosial mereka secara langsung di profil WhatsApp.

Ciri ini akan diperkenalkan dalam bahagian tetapan profil, di mana pengguna boleh memilih untuk menambah pautan ke akaun media sosial mereka seperti Instagram.

Ini memudahkan rakan atau kenalan mencari mereka di platform lain, menjadikan pengalaman komunikasi lebih lancar dan terhubung.

Buat masa sekarang, ciri ini masih dalam pembangunan, dan hanya Instagram disokong sebagai platform pertama.

Ciri Baharu WhatsApp Nanti Bakal Benarkan Anda Tambah Pautan Di Profil

Namun, ada kemungkinan WhatsApp akan menambah lebih banyak platform pada masa akan datang bagi membolehkan pengguna menghubungkan identiti digital mereka dengan lebih fleksibel.

Tidak seperti akaun perniagaan yang memerlukan proses pengesahan sebelum menambah pautan media sosial, pengguna biasa WhatsApp mungkin boleh memasukkan pautan secara manual tanpa perlu melalui langkah pengesahan.

Namun, WhatsApp mungkin akan mempertimbangkan mekanisme keselamatan tambahan sebelum pelancaran rasmi bagi mengelakkan penyalahgunaan seperti penyamaran atau penyebaran maklumat palsu.

Paling penting, ciri ini adalah sepenuhnya pilihan. Pengguna yang tidak mahu berkongsi akaun media sosial mereka boleh memilih untuk tidak menambah sebarang pautan.

Selain itu, mereka juga akan diberikan kawalan privasi untuk mengurus siapa yang boleh melihat pautan tersebut serta menghapusnya bila-bila masa.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • ChatGPT Di WhatsApp Sokong Muat Naik Imej & Mesej Suara, Hasilnya Begini
  • WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Terjemahan Mesej Secara Automatik
  • Akhirnya, WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Tema Sembang – Begini Cara Tukar

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY