Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp reserve username_imagewisermy

Pengguna WhatsApp Kini Boleh ‘Reserve’ Nama Pengguna

Diterbitkan Jun 30, 2026 · Dikemas kini Jun 30, 2026 oleh Amalina Athman

Selepas beberapa tahun dilaporkan dalam pembangunan dan disahkan akan diperkenalkan pada tahun ini, WhatsApp secara rasmi mengumumkan pengguna kini sudah boleh menempah username (nama pengguna).

Langkah ini memberi peluang kepada pengguna mendapatkan nama pengguna pilihan lebih awal sebelum ciri tersebut diaktifkan sepenuhnya dalam beberapa bulan akan datang.

Apabila ciri nama pengguna tersedia nanti, ia akan membantu meningkatkan privasi pengguna, terutamanya ketika berhubung dengan kenalan baharu. Sebagai contoh, pengguna tidak lagi perlu berkongsi nombor telefon apabila ingin bersembang dengan seseorang yang baru dikenali atau menyertai kumpulan yang mengandungi individu yang tidak pernah ditemui sebelum ini.

 

whatsapp username_

WhatsApp menjelaskan setiap nama pengguna adalah unik dan tiada direktori atau cadangan akan dipaparkan. Ini bermakna seseorang perlu mengetahui nama pengguna yang tepat untuk menghubungi anda buat kali pertama. WhatsApp turut menyediakan pilihan kunci nama pengguna sebagai lapisan keselamatan tambahan bagi mengawal siapa yang boleh memulakan perbualan.

whatsapp username tersedia di malaysia

Untuk menyimpan (reserve) nama pengguna, anda hanya perlu mengemas kini WhatsApp kepada versi terkini sebelum pergi ke Settings > Account > Username. Bermula minggu ini, pengguna boleh menyimpan nama pengguna masing-masing. Bagi membantu pengguna memilih nama yang masih tersedia, WhatsApp turut menyediakan penjana username.

Walaupun begitu, WhatsApp memaklumkan nama pengguna yang disimpan hanya boleh digunakan apabila ciri tersebut diaktifkan kepada akaun pengguna secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Berkaitan

  • WhatsApp Akan Perkenal Ciri 'Username' Pada 2026
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • WhatsApp Plus Mula Ditawarkan Di Malaysia, Harga RM3.50/Bulan
  • Pengguna Kini Boleh Buat Panggilan Suara, Video Secara Terus Di WhatsApp Web

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY