Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi tv netflix

Kenaikan Harga Langganan Netflix, Ini Pelanggan Unifi TV Perlu Tahu

Diterbitkan November 15, 2024 · Dikemas kini November 15, 2024 oleh Amalina Athman

Susulan kenaikan harga langganan Netflix, Unifi mengesahkan perubahan ini akan memberi kesan kepada pelanggan sedia ada yang mempunyai akses kepada aplikasi penstriman itu melalui pelan a la carte atau naik taraf pelan dengan Unifi TV Pack, bermula 21 November 2024.

Berikut merupakan perubahan harga langganan a la carte dan naik taraf pelan Netflix dengan Unifi TV:

unifi netflix_1
unifi netflix_2

 

Kadar langganan baharu ini akan berkuat kuasa pada kitaran pengebilan berikutnya, bermula November atau Disember 2024.

Namun begitu, Unifi memaklumkan bahawa tawaran bundle Netflix dengan Unifi TV Pack tidak akan terjejas dan dikekalkan pada harga sedia ada. Akan tetapi, sekiranya pengguna telah menaik taraf pelan Netflix sebelum ini, caj bulanan tambahan akan mencerminkan harga baharu dalam kitaran pengebilan berikutnya pada Disember 2024.

Sementara itu, semua pelanggan Unifi TV yang terkesan dengan pelarasan harga langganan Netflix akan dimaklumkan melalui SMS atau laman web Unifi TV.

Berkaitan

  • TM Global Kembangkan Pusat Data Di Cyberjaya Dan Johor 
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Unifi Tawar Pascabayar UNI5G Percuma 6 Bulan Kepada Pelanggan Home Broadband
  • Netflix Naikkan Harga Langganan Di Malaysia

Sumber: Unifi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY