Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Selain Gantikan HBO GO, Ini Anda Perlu Tahu Mengenai Max

Posted on Oktober 22, 2024Oktober 28, 2024

Seperti diketahui, platform penstriman Max secara rasmi akan dilancarkan di Malaysia pada 19 November 2024. Warner Bros. Discovery juga mengesahkan Max akan menggantikan HBO GO apabila ia dilancarkan kelak.

Tapi, apa bezanya Max dan HBO GO? Langganan macam mana? Teruskan bacaan lanjut bagi menjawab beberapa persoalan.

Apa bezanya Max dengan HBO GO?

HBO GO lebih tertumpu kepada kandungan HBO sahaja. Sementara Max menawarkan pelbagai kandungan tambahan, termasuk filem blockbuster, program realiti, dokumentari serta koleksi dari pelbagai jenama dan francais seperti HBO, Harry Potter, DC Universe, Cartoon Network, Warner Bros., Discovery dan sebagainya,

Selain itu, Max juga mempunyai lebih banyak ciri seperti:

  • Cipta hingga 5 profil
  • Tetapkan profil kanak-kanak
  • Dapatkan cadangan berdasarkan sejarah tontonan
  • Mempunyai ciri “Continue Watching” dan muat turun

Kalau dah langgan HBO GO macam mana?

Apabila Max tersedia nanti, aplikasi Max akan menggantikan HBO GO dalam gedung aplikasi. Setelah itu, pengguna boleh muat turun aplikasi Max dan log masuk dengan menggunakan e-mel dan kata laluan akaun HBO GO sedia ada.

Ada perubahan harga ke untuk pelanggan sedia ada?

Jika melanggan HBO GO melalui gedung aplikasi atau secara terus di laman web HBO GO, tiada apa-apa perubahan harga langganan yang dikenakan pada masa ini – RM34.90/bulan atau RM89.90 untuk 3 bulan.

Namun, sekiranya melanggan melalui penyedia internet, telefon pintar atau TV, pembekal akan memaklumkan mengenai sebarang perubahan harga.

Ada apa-apa perubahan untuk langganan?

Pengguna HBO GO semasa akan terus menikmati pelan langganan sedia ada apabila Max dilancarkan kelak.

Pelan Max

Max juga akan memperkenalkan 2 pelan baharu. Berikut merupakan butiran pelan langganan Max:

Mobile (hanya tersedia melalui pembekal terpilih)

  • Strim pada 1 peranti dalam satu-satu masa (telefon atau tablet)
  • Resolusi HD 720p
  • Sehingga 15 muat turun untuk penstriman luar talian

Standard

  • Strim pada 2 peranti dalam satu-satu masa
  • Resolusi FHD 1080p
  • Boleh ditonton di lebih banyak peranti, termasuk TV
  • Sehingga 30 muat turun untuk penstriman luar talian

Ultimate

  • Strim pada 4 peranti dalam satu-satu masa
  • Tonton dalam 4K UHD (jika tersedia), Dolby Atmos, Dolby Vision, dan HDR 10 pada kandungan terpilih
  • Boleh ditonton di lebih banyak peranti, termasuk TV
  • Sehingga 30 muat turun untuk penstriman luar talian (had dikenakan)

Harga langganan Max berapa?

Menjelang pelancaran tidak lama lagi, Max mula menyenaraikan harga langganan bagi perkhidmatan penstriman itu. Berikut merupakan harga langganan untuk 2 pelan yang ditawarkan secara terus melalui aplikasi dan laman web Max.

Walaupun begitu, langganan hanya akan tersedia bermula 19 November nanti.

{suggest}

Sumber: HBO GO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress