Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Dan Apple Mungkin Terpaksa Buang TikTok Daripada Gedung Aplikasi

Pengguna TikTok Kini Boleh Kawal Kekerapan Topik Kandungan Muncul Di ‘For You’

Diterbitkan Jun 9, 2025 oleh Amalina Athman

TikTok kini mengumumkan pelbagai ciri baharu yang membolehkan pengguna lebih mudah menyesuaikan paparan kandungan di platform itu.

Antaranya termasuk cara baru untuk kawal pilihan kandungan, penapis kata kunci yang lebih canggih menggunakan AI, serta panduan pendidikan untuk membantu pengguna menyesuaikan paparan ‘For You’.

Uruskan topik

TikTok kini memperluaskan ciri ‘Manage Topics’ yang membolehkan pengguna menyesuaikan kekerapan video berkaitan lebih 10 topik popular, seperti sukan, pelancongan, hiburan, seni kreatif dan tarian muncul di halaman ‘For You’ pengguna.

1. Manage Topics toggle

Menurut TikTok, tetapan ini tidak menghapuskan mana-mana topik sepenuhnya, tetapi boleh mempengaruhi seberapa kerap topik tersebut dicadangkan berdasarkan perubahan minat pengguna dari semasa ke semasa.

Untuk sesuaikan topik dalam feed, pergi ke “Setting and Privacy” dan pilih Content preferences > Manage topics. Kemudian, pengguna boleh gerakkan slider di bawah setiap topik untuk tentukan seberapa kerap anda mahu tengok video berkaitan, dan tekan “Save”.

Penapis kata kunci

Sebagai tambahan, TikTok turut melancarkan ciri “Smart Keyword Filters”, membolehkan pengguna menyekat lebih banyak kandungan yang muncul atau tidak mahu dilihat dalam feed.

Penapis kata kunci sebelum ini sudah digunakan untuk menyekat lebih 200 juta perkataan dari feed di seluruh dunia. Kini, platform ini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang bukan sahaja menapis kata kunci yang dimasukkan, tetapi juga perkataan yang berkaitan seperti sinonim.

2. Smart Keyword filters

Alat ini memaparkan kata kunci yang sedang disekat, dan dalam beberapa bulan akan datang, pengguna boleh memilih kata-kata tertentu yang ingin disertakan atau kecualikan.

Selain itu, TikTok juga merancang untuk meningkatkan had kata kunci kepada 200 bagi setiap pengguna, berbanding 100 kata kunci sebelum ini.

Dalam pada itu, TikTok turut melancarkan panduan pendidikan yang memuatkan tips dan alat untuk membantu pengguna memahami cara halaman ‘For You’ berfungsi dan bagaimana untuk menyelaraskannya dengan lebih efektif.

Kemas kini dan ciri baharu ini boleh diakses oleh semua pengguna, termasuk akaun remaja dan dewasa.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • TikTok Dilihat Sedang Uji Ciri Seakan 'Circle to Search' Tapi Lebih Maju, Begini Fungsinya
  • Ciri Terbaru TikTok Bolehkan Gambar Ditukar Jadi Video Kreatif
  • TikTok Ada Ciri Meditasi, Boleh Guna Sekarang Kalau Asyik 'Scroll' Sampai Pagi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY