Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Mental Health Education Fund and Wellbeing Features

TikTok Ada Ciri Meditasi, Boleh Guna Sekarang Kalau Asyik ‘Scroll’ Sampai Pagi

Diterbitkan Mei 21, 2025 oleh Amsyar Latif

TikTok bukan lagi tempat untuk tengok orang menari atau buat trend pelik. Terbaru, platform ini perkenalkan ciri meditasi dalam aplikasi, ya betul, meditasi. Bukan filter muka comel atau cabaran viral.

Awal tahun ini, TikTok uji fungsi baharu untuk remaja. Kalau mereka guna TikTok selepas pukul 10 malam, paparan “for you” mereka akan terganggu dengan sesi meditasi berpandu. Tujuannya mudah, suruh bertenang dan tidur. Hasilnya, 98 peratus daripada mereka kekal aktifkan fungsi ini.

Sekarang, ciri ini dibuka kepada semua pengguna, tidak kira umur. Anda boleh hidupkan dari tetapan “Sleep Hours” dalam bahagian Screen Time Settings, bersama fungsi had masa skrin yang sedia ada.

Dalam perkembangan lain, TikTok turut mengumumkan pelaburan USD2.3 juta dalam bentuk kredit iklan kepada 31 organisasi kesihatan mental di 22 negara, termasuk Malaysia.

Di bawah inisiatif Mental Health Education Fund 2025, dana ini bantu organisasi hasilkan kandungan kesihatan mental yang lebih bermanfaat dan mudah difahami untuk pengguna TikTok.

Sejak dana ini dilancarkan pada 2023, kandungan berkaitan kesihatan mental berjaya capai 173 juta tontonan, tarik lebih 600,000 pengikut baharu dan berjaya mengambil ratusan sukarelawan.

TikTok kini bukan sekadar tempat hiburan. Mereka sedang cuba mengambil tanggungjawab dalam bantu pengguna jaga kesejahteraan mental.

Dalam dunia yang makin serabut, kadang-kadang ciri ringkas seperti ini yang paling berguna.

Kalau anda jenis scroll TikTok sampai lupa waktu tidur, mungkin ini ciri yang anda tak tahu anda perlukan.

Berkaitan

  • TikTok Kini Galakkan Remaja Berhenti Guna Aplikasi Selepas Jam 10 Malam
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Ciri Terbaru TikTok Bolehkan Gambar Ditukar Jadi Video Kreatif

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY