Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Uji Pelan Langganan Berbayar Tanpa Iklan

Ciri Terbaru TikTok Bolehkan Gambar Ditukar Jadi Video Kreatif

Diterbitkan Mei 14, 2025 · Dikemas kini Mei 14, 2025 oleh Amalina Athman

TikTok kini mengumumkan “AI Alive”, satu filter atau penapis berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pengguna ‘menghidupkan’ gambar statik menggunakan arahan (prompt) berbentuk teks.

AI Alive boleh diakses melalui Story Camera dalam aplikasi TikTok. Setelah pengguna memilih gambar dari Story Album, ikon baharu “AI Alive” akan muncul di sebelah alat penyuntingan sedia ada.

Ciri Terbaru TikTok Bolehkan Gambar Ditukar Jadi Video Kreatif

Apabila ikon “AI Alive” ditekan, antara muka akan memaparkan kotak teks di mana pengguna boleh menaip arahan atau gambaran tentang apa yang mereka ingin lihat berlaku dalam video yang dijana daripada gambar tersebut.

Menerusi satu hantaran blog, TikTok menjelaskan bahawa AI Alive menggunakan alat suntingan pintar yang membolehkan sesiapa sahaja, menukar gambar statik kepada video pendek yang menarik, lengkap dengan pergerakan serta kesan visual yang kreatif dan beremosi.

TikTok turut memaklumkan ciri baharu ini menjalani beberapa peringkat semakan bagi mengelakkan penyalahgunaan, serta setiap hasil yang dijana akan dilabel sebagai kandungan yang dijana oleh AI dan disertakan dengan medata C2PA.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • TikTok Kini Galakkan Remaja Berhenti Guna Aplikasi Selepas Jam 10 Malam
  • TikTok Dilihat Sedang Uji Ciri Seakan 'Circle to Search' Tapi Lebih Maju, Begini Fungsinya
  • "TikTok Ada Tempat Istimewa Di Hati Saya", Trump Sedia Lanjut Tarikh Akhir Jika Perlu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY