Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok AI

TikTok Dilihat Sedang Uji Ciri Seakan ‘Circle to Search’ Tapi Lebih Maju, Begini Fungsinya

Diterbitkan Mac 13, 2025 oleh Amsyar Latif

Tahun ini boleh dikatakan tahun kecerdasan buatan (AI) kerana memang rancak AI diaplikasikan di mana-mana. Seperti Google, antara ciri awal yang dipertengahkan kepada pengguna adalah ‘Circle to Search’.

Namun, ciri Google itu mungkin akan dianggap lapuk selepas ini kerana TikTok dilihat sedang menguji ciri yang serupa tetapi saya lihat jauh lebih maju.

Sekiranya anda ingat, apabila menggunakan ‘Circle to Search’ di TikTok, anda perlu menekan lama butang home atau bar bawah bagi mengaktifkan fungsi itu. Kemudian, buat bulatan atau tap pada objek yang ingin kita ketahui.

Bagaimanapun, TikTok punya sendiri sedikit lain dan lebih memudahkan.

Apabila anda sedang menatal video dan menekan skrin untuk ‘pause’, ikon kecil kanta carian atau ‘search’.

TikTok Dilihat Sedang Uji Ciri Seakan ‘Circle to Search’ Tapi Lebih Maju, Begini Fungsinya
akan ada ikon dan tertulis “temukan yang sepadan”

Selepas anda tekan ikon tersebut, AI akan mula mengenal pasti barang apa yang boleh dicari. Menariknya di sini, setiap barang yang anda cari itu memang wujud di platform TikTok.

TikTok Dilihat Sedang Uji Ciri Seakan ‘Circle to Search’ Tapi Lebih Maju, Begini Fungsinya

Ini adalah termasuk produk yang sudah diulas dalam bentuk video serta tersedia dalam ‘Shop’ untuk mudahkan anda membuat pembelian.

TikTok Dilihat Sedang Uji Ciri Seakan ‘Circle to Search’ Tapi Lebih Maju, Begini Fungsinya

Buat pengetahuan, setakat yang saya uji, ia hanya memaparkan produk di TikTok sahaja dan tidak semua video ia (ciri AI ini) akan muncul. Agak pelik juga mengapa tetapi mungkin masih lagi fasa awal.

Apa-apa pun, anda tidak perlu beralih ke aplikasi lain untuk membeli atau mencari maklumat lain.

Saya perasan yang tahun lalu ada juga pengguna yang menerima ciri sebegini tetapi cara untuk mengaktifkan fungsi tersebut sedikit berbeza.

Memang benar AI sudah ada di TikTok, contohnya AI Search. Namun, ciri AI baharu ini dilihat masih lagi diuji dan tidak pasti apakah namanya.

Sekiranya rasmi nanti, ciri ini amat memudahkan pengguna dan membuat pesaingnya yang lain tidak senang duduk.

Berkaitan

  • TikTok Ambil Langkah Tegas, Larang Penuras Kecantikan Untuk Pengguna Bawah 18 Tahun
  • Instagram Jauh Lebih Popular Dari TikTok Dalam Kalangan Remaja Malaysia - Kajian
  • TikTok Kini Galakkan Remaja Berhenti Guna Aplikasi Selepas Jam 10 Malam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY