Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Footnotes

TikTok Lancar Ciri ‘Footnotes’ Untuk Perangi Maklumat Palsu

Diterbitkan Julai 31, 2025 oleh Amsyar Latif

TikTok kini memperkenalkan ciri baharu dipanggil Footnotes di Amerika Syarikat, satu sistem semakan fakta berasaskan komuniti.

Melalui ciri ini, pengguna yang telah disaring boleh menambah maklumat kontekstual pada video yang mungkin mengelirukan, seperti mana sistem Community Notes di platform X dan Meta.

Seramai 80,000 pengguna AS yang aktif dan berpengalaman dipilih untuk menyertai program rintis ini.

Footnotes akan ditayangkan kepada pengguna lain apabila penilaian komuniti mengesahkan ia berguna, dan penilaian berterusan akan menjadikan sistem lebih berkesan dari semasa ke semasa.

TikTok menegaskan bahawa Footnotes akan melengkapi langkah integriti sedia ada termasuk pelabelan kandungan tidak sahih dan kerjasama dengan agensi pemeriksa fakta seperti AFP.

Trend penggunaan model komuniti ini semakin meluas selepas Meta menamatkan program pemeriksaan fakta pihak ketiga di AS atas alasan terlalu menyekat kandungan.

Namun, para penyelidik memberi amaran bahawa sistem komuniti boleh dipengaruhi oleh kecenderungan politik dan kurang berkesan terhadap isu yang kompleks atau tiada kesepakatan umum.

Ciri ini menandakan usaha terbaru TikTok menyeimbangkan antara kebebasan bersuara dan tanggungjawab membendung penyebaran maklumat palsu. Keberkesanannya masih perlu diperhatikan.

Berkaitan

  • Pengguna TikTok Kini Boleh Kawal Kekerapan Topik Kandungan Muncul Di ‘For You’
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • TikTok Shop Bagi 30 Hari Untuk Pulangkan Barang, Ini Caranya

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY