Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Berdepan Tindakan Jika Gagal Beri Kerjasama – Fahmi

Pengguna Telegram Kelak Mungkin Boleh Bina Laman Web Interaktif Dengan Domain ‘.gram’

Diterbitkan Ogos 19, 2026 oleh Amalina Athman

Telegram nampaknya mahu memberikan pengguna domain web sendiri di bawah “.gram” selepas Pavel Durov mendedahkan platform itu telah memohon untuk mendapatkan zon domain tersebut.

Dalam siaran terbaharunya, pengasas Telegram itu berkata jika permohonan berkenaan diluluskan oleh Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN), sehingga satu bilion pengguna Telegram berpotensi mendapatkan domain di bawah .gram, contohnya yourname.gram atau durov.gram.

Telegram has applied for the .gram domain zone.

If the application is approved by ICANN, a billion Telegram users could get their own second-level domains — yourname.gram.

Users would be able to set up their interactive websites hosted by Telegram — with one prompt ✨

— Pavel Durov (@durov) August 18, 2026

Durov turut berkata pengguna boleh menggunakan domain tersebut untuk membina laman web interaktif yang dihoskan oleh Telegram, hanya dengan menaip satu arahan.

Pada masa ini, .gram masih belum tersedia untuk digunakan. Durov hanya menyatakan Telegram telah memohon untuk mendapatkan zon domain tersebut dan penggunaannya masih bergantung pada kelulusan ICANN.

Perkembangan ini hadir ketika ICANN baru sahaja menutup tempoh permohonan bagi New gTLD Program: 2026 Round pada 12 Ogos lalu.

Sekiranya permohonan itu diluluskan dan rancangan berkenaan dilaksanakan seperti yang dinyatakan Durov, pengguna Telegram berpotensi memiliki alamat seperti durov.gram yang boleh digunakan untuk mengakses laman web interaktif mereka sendiri yang dihoskan Telegram.

Berkaitan

  • Telegram Kini Dilengkapi Ciri Ringkasan AI
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Aplikasi Telegram Kini Kembali Ke Apple Watch
  • CEO Telegram Dedah Punca Telegram Dialih Keluar Sementara Dari App Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY