Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengguna Perlu Muat Naik Dokumen Rasmi Untuk Pengesahan Umur Di Platform Media Sosial

Posted on Mei 25, 2026Mei 25, 2026

Susulan pelaksanaan dua kod baharu di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jun ini, pengguna platform media sosial perlu memuat naik dokumen rasmi yang dikeluarkan kerajaan bagi membuat pengesahan umur.

Dua kod yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu ialah Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) serta Kod Pengurangan Risiko (RMC).

Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata antara dokumen yang boleh digunakan pengguna termasuk kad pengenalan dan pasport bagi menyekat pengguna bawah umu 16 tahun membuka akaun media sosial.

“Sekarang kita telah meminta platform melaksanakan age verification (pengesahan umur). Pengguna perlu mengesahkan umur menggunakan dokumen dikeluarkan kerajaan seperti kad pengenalan, pasport atau dokumen rasmi lain. Kalau sekadarĀ self-declare (isytihar sendiri), sesiapa sahaja boleh klik dan mengaku mereka berumur lebih 18 tahun,” katanya.

Namun begitu, beliau berkata MCMC tidak menetapkan teknologi khusus yang perlu digunakan platform media sosial bagi tujuan pengesahan umur dan kerajaan akan memberikan tempoh yang sewajarnya untuk melaksanakan proses tersebut sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.

“Untuk akaun sedia ada dan belum buat pengesahan umur, MCMC masih berbincang tempoh masa munasabah dengan platform media sosial yang terlibat seperti TikTok, Facebook dan Instagram. Sesiapa yang tidak membuat pengesahan berkemungkinan akaun (akan) ditutup atau platform media sosial perlu menggunakan kecerdasan buatan untuk pastikan pengguna berumur 16 tahun ke atas,” tambahnya.

Kerajaan sebelum ini telah memutuskan kanak-kanak di bawah usia 16 tahun tidak dibenarkan membuka atau memiliki akaun media sosial bagi platform yang mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia.

Teo berkata dua kod berkenaan diterbitkan selepas sesi libat urus bersama pemain industri, pertubuhan masyarakat sivil dan pihak berkepentingan yang dijalankan sejak awal tahun ini.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress