Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelaksanaan eKYC Untuk Akaun Media Sosial Dijangka Akhir Suku Kedua 2026 – Fahmi

Kementerian Komunikasi Teliti Semula Jumlah Pengguna Untuk Lesen Platform Media Sosial

Diterbitkan Januari 15, 2026 ยท Dikemas kini Januari 15, 2026 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi sedang meneliti kewajaran untuk menyemak semula penetapan jumlah pengguna bagi setiap platform media sosial di Malaysia yang dianggap berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP (C)).

Bermula 1 Januari 2026, semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai 8 juta atau lebih pengguna di Malaysia dianggap berdaftar sebagai pemegang lesen ASP (C) melalui pelaksanaan Peruntukan Deeming di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Memetik laporan Bernama, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata penetapan jumlah itu mungkin perlu melalui sedikit penyelarasan, dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diberi tanggungjawab untuk mengkaji had yang sesuai serta tindakan lanjut.

“Kita dalam proses untuk menilai kerana yang sangat popular di Malaysia adalah TikTok, Facebook dan beberapa yang lain. X mungkin kurang, tidak terlalu popular tetapi memandangkan masalah Grok ini berlaku, maka pihak kementerian dan MCMC melihat ada kewajaran untuk meneliti semula keputusan jumlah pengguna di Malaysia,” katanya.

Pada 15 Disember lepas, MCMC menjelaskan Peruntukan Deeming bertujuan untuk memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar yang menawarkan perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial kepada pengguna di Malaysia beroperasi dalam kerangka perundangan serta kawal selia negara secara teratur, konsisten dan berkesan.

Namun, X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter memaklumkan jumlah pengguna di Malaysia tidak mencapai nilai ambang 8 juta orang.

Baru-baru ini, MCMC mengarahkan sekatan sementara terhadap akses kepada Grok AI bagi pengguna di Malaysia berikutan penyalagunaan platform itu bagi menjana kandungan lucah dan eksplisit secara berulang.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata kerajaan berhasrat melaksanakan pengesahan umur pengguna platform media sosial menerusi tiga dokumen rasmi iaitu MyKad, pasport dan MyDigital ID.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Pelaksanaan eKYC Untuk Akaun Media Sosial Dijangka Akhir Suku Kedua 2026 - Fahmi
  • Platform Media Sosial Lebih 8 Juta Pengguna Di Malaysia 'Disifatkan Berdaftar' - Berkuat Kuasa 1 Januari 2026
  • MCMC Pertimbang Saman Platform X - Fahmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY