Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify featured image_

Spotify Akhirnya Tawar Audio Lossless Untuk Pelanggan Premium

Diterbitkan September 11, 2025 · Dikemas kini September 11, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas bertahun khabar anginnya, Spotify akhirnya melancarkan ciri audio lossless yang dinanti-nantikan kepada pelanggan Premium.

Tetapi ia hanya ditawarkan di pasaran terpilih, termasuk Australia, Jerman, Jepun, UK, dan AS, dengan pelancaran penuh ke lebih 50 negara dibuat secara berperingkat menjelang Oktober 2025.

Dengan audio lossless Spotify,  pengguna boleh menstrim muzik pada kualiti sehingga 24-bit/44.1 kHz FLAC, memberikan butiran bunyi yang lebih jelas dan mendalam.

Ciri ini tersedia di telefon, komputer, tablet, serta peranti Spotify Connect seperti Sony, Bose, Samsung dan Sennheiser, dengan sokongan untuk peranti Sonos dan Amazon pula akan menyusul bulan depan.

Spotify Akhirnya Tawar Audio Lossless Untuk Pelanggan Premium

Pengguna boleh menetapkan kualiti audio berbeza untuk Wi-Fi, data mudah alih, dan muat turun.

Untuk pengalaman terbaik, Spotify mengesyorkan penggunaan fon kepala atau pembesar suara berwayar kerana Bluetooth masih memampatkan audio.

Ciri ini melengkapkan tawaran Premium lain seperti DJ, Jam, AI Playlist, Mix dan daylist, menjadikan pengalaman mendengar lebih peribadi dan berkualiti tinggi.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Spotify Kini Ada Ciri Baru, Mirip AutoMix Dalam iOS 26
  • Spotify Perkenal Ciri 'Messages' - Kongsi Kandungan Terus Dalam Aplikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY