Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
anthopic claude

Pengguna Percuma Claude Kini Boleh Import Memori Daripada ‘Chatbot’ AI Lain

Diterbitkan Mac 4, 2026 · Dikemas kini Mac 4, 2026 oleh Amalina Athman

Anthropic kini menawarkan ciri ‘Memory’ untuk pengguna Claude pada pelan percuma, yang sebelum ini hanya tersedia untuk pengguna berbayar sejak Oktober 2025.

import memori claude_2

Dengan langkah ini, semua pengguna kini boleh menyimpan, mengimport atau mengeksport perbualan, konteks dan memori daripada AI lain seperti ChatGPT atau Gemini terus ke Claude tanpa perlu bermula dari kosong.

Untuk memindahkan memori dari chatbot AI lain, Anthropic menyediakan prompt khas yang boleh disalin dan tampal ke sistem chatbot lain.

I’m moving to another service and need to export my data. List every memory you have stored about me, as well as any context you’ve learned about me from past conversations. Output everything in a single code block so I can easily copy it. Format each entry as: [date saved, if available] – memory content. Make sure to cover all of the following — preserve my words verbatim where possible: Instructions I’ve given you about how to respond (tone, format, style, ‘always do X’, ‘never do Y’). Personal details: name, location, job, family, interests. Projects, goals, and recurring topics. Tools, languages, and frameworks I use. Preferences and corrections I’ve made to your behavior. Any other stored context not covered above. Do not summarize, group, or omit any entries. After the code block, confirm whether that is the complete set or if any remain.

Teks arahan ini akan mengeluarkan senarai lengkap memori dan konteks perbualan terdahulu dalam format yang mudah difahami Claude. Selepas itu, pengguna hanya perlu salin dan tampal hasil tersebut ke tetapan memori Claude.

import memory claude

Dalam perkembangan berkaitan, Claude kini menduduki tangga teratas untuk aplikasi iOS percuma di Apple App Store Amerika Syarikat, mengatasi ChatGPT OpenAI. Peningkatan ini berlaku ketika Anthropic menjadi perhatian media kerana tidak mencapai persetujuan dengan kerajaan AS berhubung penggunaan AI, yang memberi kesan kepada status rantaian bekalannya.

Sebaliknya, ChatGPT pula dilaporkan berdepan kritikan dan boikot besar-besaran selepas memperoleh kontrak Pentagon. Perkara ini mendorong sebahagian pengguna beralih ke Claude, yang secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan muat turun dengan ketara.

Berkaitan

  • Claude Sonnet 4.5 Hadir Dengan Lonjakan Prestasi Dalam Pengaturcaraan Dan Tugasan Komputer
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Claude Opus 4.6 Dilancarkan - Sokong Tetingkap Konteks 1 Juta Token
  • Apabila Chatbot Diselit Iklan, Privasi Pengguna Jadi Taruhan
  • Selepas Peroleh Kontrak Pentagon, ChatGPT Berdepan Boikot Besar-Besaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • WhatsApp Kini Benarkan Sesiapa Sertai Panggilan Tanpa Akaun, Percuma Tanpa Had Masa
  • Tak Lama Selepas Sony Berjaya Tutup Kedai Cetak Rompak PS5, Klon Lain Pula Muncul 
  • Indonesia Cadang Beri Telefon Percuma - Setiap Peranti Dilengkapi Akaun Digital
  • UniSHAMS Dan TP-Link Malaysia Jalin Kerjasama Lahirkan Bakat Teknologi Masa Depan Negara
  • 3 Headphone Jenis Retro Terbaik
  • Samsung Kekal Jenama Telefon Pintar Terbesar Di Dunia
  • Permainan Mudah Alih Rasmi Naruto Akan Dilancar Secara Global Di Platform iOS Dan Android
  • GTA 6 Dilapor Akan Tiba Ke Platform PC Seawal 2027
©2026 WISER.MY