Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anthropic Claude Opus 4.6_1

Claude Opus 4.6 Dilancarkan – Sokong Tetingkap Konteks 1 Juta Token

Diterbitkan Februari 6, 2026 · Dikemas kini Februari 6, 2026 oleh Amalina Athman

Anthropic kini melancarkan model baharu, Claude Opus 4.6, yang menambah baik kemahiran pengekodan versi sebelumnya.

Model baharu ini boleh merancang dengan lebih teliti, mengekalkan tugasan autonomi (agentic tasks) lebih lama, beroperasi dengan lebih dipercayai pada kod berskala besar, serta mempunyai kemahiran semakan kod serta penyahpepijatan yang lebih baik untuk mengenal pasti kesilapannya sendiri.

Untuk kali pertama dalam siri Opus, model ini menyokong tetingkap konteks sehingga 1 juta token dalam versi beta.

Selain tugasan pengaturcaraan, Opus 4.6 juga boleh digunakan untuk tugasan harian seperti analisis kewangan, penyelidikan, serta pengurusan dokumen, spreadsheet dan persembahan.

Dalam Cowork, platform multitugas autonomi Anthropic, model ini boleh menggabungkan semua kemahiran berkenaan untuk membantu pengguna menyelesaikan tugasan dengan lebih efisien.

Anthropic Claude Opus 4.6_7

Claude Opus 4.6 menunjukkan prestasi terbaik dalam beberapa penilaian, termasuk Terminal-Bench 2.0 untuk pengaturcaraan autonomi dan Humanity’s Last Exam, ujian pemikiran multidisiplin yang kompleks.

Model ini juga mendahului semua pesaing lain dalam BrowseComp, yang mengukur kemampuan mencari maklumat sukar didapati dalam talian.

Anthropic Claude Opus 4.6_Knowledge work
Anthropic Claude Opus 4.6_Agentic search
Anthropic Claude Opus 4.6_Coding
Anthropic Claude Opus 4.6_reasoning

Anthropic turut menambah baik sokongan Claude dalam Microsoft Excel dan memperkenalkan integrasi dengan PowerPoint dalam versi pratonton penyelidikan.

Claude in PowerPoint is now available in research preview for Max, Team, and Enterprise.

Claude reads your layouts, fonts, and slide masters to stay on-brand — whether you're building from a template or generating a full deck from a description. pic.twitter.com/1mwE677SCJ

— Claude (@claudeai) February 5, 2026

Ketersediaan

Claude Opus 4.6 sudah boleh digunakan hari ini melalui laman claude.ai, API Anthropic, dan semua platform awan utama. Harga penggunaan kekal sama, iaitu $5 (~RM20) dan $25 (~RM99) bagi setiap satu juta token input dan output.

Berkaitan

  • Claude Kini Boleh Buat Carian Web Dalam Masa Nyata
  • Claude Sonnet 4.5 Hadir Dengan Lonjakan Prestasi Dalam Pengaturcaraan Dan Tugasan Komputer
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Xcode 26.3 Tambah Sokongan 'Agentic Coding' Untuk Pembangunan Aplikasi
  • OpenAI Lancar Model 'Agentic Coding' GPT-5.3-Codex, 25% Lebih Pantas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • WhatsApp Kini Benarkan Sesiapa Sertai Panggilan Tanpa Akaun, Percuma Tanpa Had Masa
  • Tak Lama Selepas Sony Berjaya Tutup Kedai Cetak Rompak PS5, Klon Lain Pula Muncul 
  • Indonesia Cadang Beri Telefon Percuma - Setiap Peranti Dilengkapi Akaun Digital
  • UniSHAMS Dan TP-Link Malaysia Jalin Kerjasama Lahirkan Bakat Teknologi Masa Depan Negara
  • 3 Headphone Jenis Retro Terbaik
  • Samsung Kekal Jenama Telefon Pintar Terbesar Di Dunia
  • Permainan Mudah Alih Rasmi Naruto Akan Dilancar Secara Global Di Platform iOS Dan Android
  • GTA 6 Dilapor Akan Tiba Ke Platform PC Seawal 2027
©2026 WISER.MY