Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Claude Sonnet 4.5 Hadir Dengan Lonjakan Prestasi Dalam Pengaturcaraan Dan Tugasan Komputer

Claude Sonnet 4.5 Hadir Dengan Lonjakan Prestasi Dalam Pengaturcaraan Dan Tugasan Komputer

Diterbitkan September 30, 2025 oleh Amsyar Latif

Anthropic hari ini melancarkan model baharu, Claude Sonnet 4.5, yang digambarkan sebagai model paling berkuasa mereka setakat ini. Ia menampilkan peningkatan ketara dalam keupayaan pengaturcaraan, penaakulan, matematik serta kebolehan menggunakan komputer secara terus.

Model ini kini mendahului penilaian SWE-bench Verified, ujian yang mengukur keupayaan penyelesaian masalah pengaturcaraan sebenar, selain mencatat prestasi 61.4% pada OSWorld, iaitu penanda aras tugasan komputer dunia nyata.

SWE-bench verified Claude Sonnet 4.5

Empat bulan lepas, Sonnet 4 berada di hadapan pesaing pada 42.2%. Menurut Anthropic, Sonnet 4.5 mampu mengekalkan fokus melebihi 30 jam untuk tugasan kompleks berbilang langkah.

Bersama pelancaran ini, syarikat turut memperkenalkan sejumlah kemas kini produk. Claude Code kini menyokong “checkpoints” bagi menyimpan dan kembali ke status terdahulu, antara muka terminal diperbaharui, dan sambungan rasmi untuk VS Code telah dikeluarkan.

Fungsi penyuntingan konteks serta memori lanjutan dalam API pula membolehkan agen beroperasi lebih lama. Pada aplikasi Claude, pengguna kini boleh melaksanakan kod dan menghasilkan fail seperti dokumen, helaian dan slaid secara terus dalam perbualan.

Anthropic juga memperkenalkan Claude Agent SDK, iaitu infrastruktur asas yang digunakan untuk membangunkan Claude Code, kini dibuka kepada pembangun luar untuk membina agen tersuai.

Selain prestasi, Claude Sonnet 4.5 diposisikan sebagai model paling selaras setakat ini dengan penambahbaikan keselamatan serta pengurangan tingkah laku tidak diingini.

Model ini ditawarkan melalui API dengan harga sama seperti Sonnet 4, iaitu USD3 (~RM12) bagi 1 juta token input dan USD15 (~RM63) bagi 1 juta token output.

Berkaitan

  • Apple Mungkin 'Ketepikan' AI Sendiri - Pertimbang Guna ChatGPT Atau Claude Untuk Siri
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Ini Had Penggunaan Gemini Untuk Akaun Percuma, Plus, Pro Dan Ultra

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY