Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Daftar MyDigital ID Secara Dalam Talian

Pengguna MyNIISe Perlu Daftar MyDigital ID Selewat-Lewatnya 15 Januari

Diterbitkan Januari 14, 2026 · Dikemas kini Januari 14, 2026 oleh Amalina Athman

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan warganegara Malaysia yang telah mula menggunakan aplikasi MyNIISe untuk mendaftar MyDigital ID selewat-lewatnya pada 15 Januari 2026 untuk terus menggunakan aplikasi tersebut bagi tujuan pemeriksaan imigresen di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Bagi pengguna baharu yang mendaftar aplikasi MyNIISe selepas tarikh tersebut, pendaftaran MyDigital akan menjadi keperluan wajib.

Namun, pengembara yang belum mempunyai MyNIISe masih mempunyai pilihan untuk menggunakan pintu automatik (autogate) MyBorderPass, autogate biasa melalui imbasan pasport atau kaunter pemeriksaan fizikal untuk urusan pergerakan keluar masuk negara.

Pengguna sedia ada juga masih boleh log masuk MyNIISe menggunakan kaedah sedia ada sehingga tamat tempoh percubaan MyNIISe pada 28 Februari bagi tujuan pendaftaran dan pembaharuan MyDigital ID.

Menurut KDN, penggunaan MyDigital ID akan membolehkan pengguna menikmati akses kepada ciri tambahan yang akan diperkenalkan selepas tamat tempoh percubaan MyNIISe. Penggunaannya juga akan diperluaskan secara berperingkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA Terminal 1 dan 2, Bayan Lepas, Kuching dan Kota Kinabalu.

Berkaitan

  • Percubaan Sistem Imigresen NIISe Mulai 22 September - Bakal Gantikan Sistem Kod QR
  • Pendaftaran Perkahwinan, Pembaharuan Pasport Kelak Perlukan MyDigital ID
  • MyDigital ID Jadi Log Masuk Tunggal Aplikasi MyNIISE - Berkuat Kuasa 15 Januari 2026
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY