Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Perkenal Laman iCloud Dengan Rekaan Antara Muka Baharu

Pengguna Mengadu Gambar, Video Bukan Milik Mereka Muncul Pada Aplikasi iCloud Di Windows

Diterbitkan November 22, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sebilangan pengguna mengadu beberapa masalah iaitu video yang dirakam menggunakan iPhone 13 Pro dan iPhone 14 Pro tidak dapat dimainkan di aplikasi iCloud pada Windows selepas disegerakkan (sync).

Selain itu, satu lagi isu turut dilaporkan ialah pengguna mendapati wujudnya gambar dan video bukan milik mereka semasa mahu memainkan video-video yang rosak tadi.

Ia dipercayai datang daripada akaun iCloud orang lain.

Berkaitan

  • Cara 'Restore' Kenalan iPhone Dari iCloud
  • Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang 'iCloud Shared Photo Library' Pada iOS 16.1
  • Perbandingan Harga 'Cloud Storage' - Google One, iCloud+ Dan OneDrive
  • Gambar iCloud Kini Boleh Diakses Melalui Aplikasi Photos Di Windows 11, Ini Cara 'Sync'
  • Apple Perkenal Laman iCloud Dengan Rekaan Antara Muka Baharu

Ini merupakan isu privasi besar kerana bahan media milik pengguna lain secara tidak sengaja dapat diakses oleh orang asing.

Salah seorang pengguna berkata iCloud miliknya memaparkan gambar keluarga, perlawanan bola sepak dan pelbagai lagi gambar rawak yang entah dari mana.

Antara yang terkesan ialah pengguna aplikasi iCloud di Windows 11 dan Windows 10. Ia merupakan aplikasi rasmin yang dimuat turun daripada Microsoft Store.

MacRumors berkata ia mungkin disebabkan isu di bahagian pelayan dan berkait dengan tetapan video seperti menghidupkan ciri HDR dan HEVC.

Hal ini kerana dengan menyahpasang dan pasang semula iCloud pun isu tersebut didapati masih kekal.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY