Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk “Back-up” Data iPhone Menggunakan iTunes

Cara ‘Restore’ Kenalan iPhone Dari iCloud

Diterbitkan Mei 27, 2022 oleh Firdaus

Saya ingin mengingatkan kepada pengguna iPhone untuk sentiasa membuat sandaran (back up) kenalan (contact) anda sebelum memulakan sebarang proses pemulihan semula atau restore.

Hal ini demikian, anda tidak dapat memulihkan kenalan yang telah dipadam sekiranya anda tidak membuat sebarang sandaran.

Selain itu, proses pemulihan sebenarnya akan memadam contact baharu iPhone yang anda simpan selepas melakukan sandaran.

Dalam bahasa mudah, jika anda memulihkan kenalan iPhone daripada iCloud, nombor baharu yang anda simpan selepas proses sandaran yang terakhir akan terpadam dan digantikan dengan nombor yang telah anda sandarkan sebelum ini.

Berikut merupakan langkah-langkah memulihkan contact iPhone anda melalui iCloud.

  • Buka sebarang pelayar web (chrome, safari, firefox dan etc) daripada komputer dan pergi ke www.icloud.com.

Apple Restore

  • Log masuk ke dalam iCloud.com menggunakan username dan kata laluan iCloud anda. ( Apple ID kebiasaannya adalah alamat emel anda)
  • Selepas log masuk, klik pada nama anda di belah kiri atas laman sesawang iCloud.com itu.
Apple Restore 3
Foto – iPhoneLife
  • Klik pada tetapan akaun dalam menu yang telah keluar itu.
  • Pada laman tetapan akaun itu, tatal (scroll) ke bawah sehingga anda nampak “Advanced“. Di bawah itu, klik pada “Restore Contacts“.
Apple Restore 2
Foto – iPhoneLife
  • Laman pemulihan akan keluar selepas itu. Cari fail yang anda ingin pulihkan dan klik pada pautan “Restore” di selepasnya.

Proses pemulihan yang bermula selepas itu dan ia akan mengambil masa beberapa minit sehingga proses pemulihan contact selesai pada iPhone anda.

Saya ingin mengingatkan sekali lagi, memulihkan contacts dari iCloud.com akan menggantikan kenalan yang ada pada iPhone anda dengan contact yang ada dalam fail pemulihan.

Oleh itu, saya menggalakkan anda untuk sentiasa melakukan sandaran contacts iPhone untuk mengelakkan nombor kenalan baharu daripada hilang.

Baca juga:

  • Ini Cara Untuk Menyahaktifkan Tag RFID Anda Secara ‘Online’
  • Ketahui Maksud Di Sebalik Abjad Yang Ada Pada Cip Intel
  • Cara Betulkan Masalah “IP Configuration” Pada Sambungan “Wi-Fi”

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY