Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Perkenal Laman iCloud Dengan Rekaan Antara Muka Baharu

Apple Perkenal Laman iCloud Dengan Rekaan Antara Muka Baharu

Diterbitkan November 17, 2022 · Dikemas kini November 17, 2022 oleh Amalina Athman

Apple secara rasmi hari ini telah melancarkan laman iCloud.com dengan rekaan antara muka baharu, setelah beberapa minggu membuat ujian beta ke atas laman web itu.

Berkaitan

  • Apple Mula Menguji Laman iCloud Dengan Antara Muka Baharu
  • Gambar iCloud Kini Boleh Diakses Melalui Aplikasi Photos Di Windows 11, Ini Cara 'Sync'

Melalui laman iCloud.com versi baharu, ia menampilkan rekaan yang lebih segar dengan akses lebih mudah bagi aplikasi seperti Photos, Mail, iCloud Drive, Calendar dan Notes. Terdapat juga tile untuk aplikasi tambahan seperti Find My, Pages, Numbers, Keynote dan lain-lain.

Apple Perkenal Laman iCloud Dengan Rekaan Antara Muka Baharu

Sama seperti yang diperlihatkan dalam versi beta, laman itu boleh disuaikan, yang mana pengguna boleh memilih aplikasi yang akan dipaparkan dalam setiap tile atau mengalih keluar.

Apple Perkenal Laman iCloud Dengan Rekaan Antara Muka Baharu

Di bahagian bawah pula memaparkan pelan iCloud+ yang dilanggan, penggunaan storan iCloud serta pautan untuk memulihkan fail, senarai kenalan, penanda buku atau kalendar yang dipadam dalam tempoh 30 hari.

Apple Perkenal Laman iCloud Dengan Rekaan Antara Muka Baharu

Pada bar menu di bahagian atas, pengguna boleh klik atau tap ikon + untuk membuat e-mel, nota, peringatan baharu. Menu itu juga menyediakan akses kepada tetapan, ciri iCloud+ dan sebagainya.

Sudah mula ditawarkan kepada semua pengguna, laman iCloud versi baharu ini boleh diakses dengan log masuk Apple ID melalui iCloud.com.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY