Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
icloud windows 11 photos

Gambar iCloud Kini Boleh Diakses Melalui Aplikasi Photos Di Windows 11, Ini Cara ‘Sync’

Diterbitkan November 11, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Microsoft memberitahu kini pengguna Windows 11 mendapat sebuah ciri di mana gambar daripada akaun iCloud mereka disegerakkan (sync) pada aplikasi Photos yang terbina (built-in) dalam komputer.

Ini bermakna anda tidak perlu membuka iCloud untuk melihat gambar atau video tetapi hanya dengan perisian Photos terbina di komputer saja.

Melalui percubaan kami, ia sudah tersedia dan boleh digunakan dengan mudah.

Untuk sync iCloud dengan Photos di Windows 11:

  1. Kemas kini aplikasi Photos daripada Microsoft Store ke versi terkini.
  2. Muat turun iCloud daripada Microsoft Store di SINI.
  3. Log masuk iCloud.
  4. Dalam aplikasi iCloud, pastikan anda segerakkan Photos. Tekan ‘Apply’.
    • set icloud segerak windows 11
  5. Buka aplikasi Photos daripada komputer.

Akan ada sebuah tab baharu dengan nama iCloud, di situlah gambar daripada iCloud anda boleh diakses.

icloud windows 11 photos

Berkaitan

  • Akhirnya Ciri Yang Paling Ditunggu-Tunggu Pengguna Windows 11 Sudah Tiba
  • Guna Aplikasi Pihak Ketiga Ini Untuk Ubah Kedudukan 'Taskbar' Windows 11 Dan Akses Pelbagai Lagi Tetapan Lain
  • Cara Muat Turun Peta Negara Atau Negeri Yang Tersedia Untuk Windows 11
  • Cara Tingkatkan "Gaming Performance" Pada Windows 11
  • Windows 11 Barangkali Hadir Dengan Langganan Beriklan Dan Berasaskan Awan

Turut dilaporkan bahawa Microsoft juga ingin membawa Apple Music dan Apple TV ke gudang aplikasi Microsoft Store.

Jika anda tidak maklum, Microsoft Store ini sama seperti Play Store dan App Store di mana pengguna boleh memuat turun perisian atau aplikasi secara sah di sana.

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY