Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 12 purple wide

Pengguna iPhone 12 Akan Terima Kemas Kini Khas Atasi Isu Radiasi

Diterbitkan September 20, 2023 · Dikemas kini September 20, 2023 oleh ariff bukhari

Pengguna iPhone 12 (model standard sahaja, selain dari ini tak terkesan) akan menerima kemas kini khas pada peranti mereka ekoran daripada isu radiasi yang dikeluarkan telefon pintar Apple itu.

Menteri Telekomunikasi Dan Peralihan Digital Perrancis, Jean-Noel Barrot memberitahu, “Apple telah memberi jaminan kepada saya bahawa ia akan melaksanakan kemas kini untuk iPhone 12 dalam beberapa hari akan datang.”

Kedua-dua pihak iaitu Apple dan menteri itu juga mengesahkan bahawa iPhone 12 tidak menimbulkan ancaman kepada kesihatan awam kerana radiasi, jadi sesiapa yang menggunakan iPhone berusia tiga tahun itu tidak perlu bimbang.

Kemungkinan kemas kini yang sama akan turut dilepaskan untuk 27 ahli Kesatuan Eropah yang lain kerana mereka semua menggunakan set peraturan yang sama.

Walau bagaimanapun, tidak jelas bagaimana kemas kini perisian yang akan dilepaskan Apple itu akan boleh membuatkan iPhone 12 lulus ujian ANFR nanti.

Sebelum ini telah dilaporkan tentang isu iPhone 12 yang didapati mengeluarkan lebih banyak gelombang elektromagnet yang mudah diserap oleh badan daripada tahap yang dibenarkan.

Ekoran itu, pihak berkuasa Perancis memerintahkan Apple untuk mengeluarkan iPhone 12 daripada pasaran Perancis mulai 12 September 2023.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Perancis Arah Apple Tarik Balik Jualan iPhone 12 Dari Pasaran
  • Lebih Murah, Ini 4 Alternatif Kabel USB-C Berkelajuan 10Gbps Untuk iPhone 15 Pro Max
  • Tiada MFi Untuk USB-C iPhone, Ini Sebabnya

Sumber: BBC News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY