Lebih Murah, Ini 4 Alternatif Kabel USB-C Berkelajuan 10Gbps Untuk iPhone 15 Pro Max

Apple telah melancarkan siri iPhone 15 dengan model iPhone 15 Pro Max adalah model paling berspesifikasi tinggi. Ia kini dilengkapi dengan sambungan USB-C yang berupaya mencapai kelajuan pindahan data selaju 10Gbps.

Apple jelas menyatakan bahawa untuk mencapai kelajuan pindahan data itu, kabel USB 3 yang menyokong kelajuan 10Gbps mestilah digunakan.

Apple sendiri ada menawarkan beberapa pilihan kabel USB-C  untuk iPhone 15 Pro Max.

Walau bagaimanapun, dari semakan di laman rasmi Apple, hanya 1 kabel USB-C rasmi dari Apple sahaja yang menyokong kelajuan pindahan data selaju 10Gbps (USB 3.2) yang disokong oleh iPhone 15 Pro Max iaitu Thunderbolt 4 (USB‑C) Pro Cable yang berharga dari RM399.

Kapsyen: Kabel ini menyokong kelajuan pindahan data maksimum 40Gbps dan pengecas kuasa sehingga 100W.


Manakala kabel USB-C baharu yang lain, 60W dan 240W USB-C Charge Cable (1m) hanya menyokong pindahan data pada kadar kelajuan USB 2 sahaja. Bermakna ia hanya mampu memindahkan data selaju 480Mbps sahaja, iaitu sama dengan kelajuan pindahan data yang dimiliki kabel Lightning.

Kapsyen: Kabel ini menyokong pengecasan sehingga 60 watt dan memindahkan data pada kadar kelajuan USB 2 (480Mbps).


Jadi, bagi mendapatkan kelajuan maksimum pindahan data yang disokong oleh iPhone 15 Pro Max, anda mestilah menggunakan kabel USB-C dengan spesifikasi USB 3.1 dan ke atas yang menyokong kelajuan sehingga 10Gbps.

Kapsyen: Kredit: Sony


Berikut adalah 5 kabel USB-C alternatif yang menyokong kelajuan pindahan data 10Gbps untuk iPhone 15 Pro Max:

1. UGREEN




Pengeluar aksesori gadget Ugreen ada menawarkan 1 model kabel berprestasi tinggi yang mampu memindahkan data selaju 10Gbps iaitu UGREEN USB 4.



UGREEN PD100W USB 4 ini sepanjang 0.8 meter berharga RM99, boleh dibeli dari stor rasmi mereka di Shopee dan Lazada.

2. Belkin


Belkin Thunderbolt 3 menawarkan prestasi maksimum, jadi tidak hairanlah harganya agak mahal.

Menyokong kelajuan pindahan data 10Gbps dan menyampaikan kuasa pengecasan sehingga 100W, sekaligus sesuai dipadankan bersama iPhone 15 Pro Max.

Kabel Belkin Thunderbolt 3 ini berharga RM268 boleh didapati di Shopee dan Lazada.

Alah membeli, menang memakai.


3. Aukey


Aukey menawarkan kabel USB-C berprestasi yang mampu menyampaikan kelajuan pindahan data sehingga 10Gbps dan kuasa pengecas sehingga 100W pada harga yang berpatutan.

Hanya berharga RM69, Aukey CB-CD23 Gen ini sepanjang 1 meter dan anda boleh dapatkannya di stor rasmi mereka di Shopee dan Lazada.


4. ORICO


Satu lagi jenama yang dipercayai menghasilkan produk berkualiti pada harga berpatutan adalah Orico.

Salah satunya adalah ORICO CM32 Type C (USB 3.2 Gen 2*2) di mana ia menyokong pindahan data berkelajuan sehingga 20Gbps.

Menariknya, anda boleh dapatkan kabel ini dalam panjang yang berbeza iaitu dari 1 hingga 5 meter dengan harga hanya bermula dari RM55 sahaja di stor rasmi mereka di Shopee dan Lazada.



Selain kabel ORICO CM32 Type C ini, Orico nampaknya ada menawarkan lebih banyak pilihan kabel USB-C berprestasi yang berupaya memberikan kelajuan pindahan data sehingga 10Gbps.

Anda boleh anda dapatkannya dari stor rasmi Orico di Shopee dan Lazada.

Kesimpulan


Sedikit tips sebelum anda membeli kabel-kabel alternatif ini untuk bakal iPhone 15 anda, lihat dahulu ulasan-ulasan daripada pengguna lain yang pernah membelinya dari platform Shopee dan Lazada.

Ini bagi mendapatkan gambaran awal sama ada ia sesuai dengan anda. Ini kerana ada kabel yang menggunakan material getah yang melekit dan tidak digemari semua.

Selain itu, ada juga kabel USB-C yang jauh lebih murah harganya yang boleh juga digunakan bersama iPhone 15. Tetapi kelajuan pindahan datanya adalah perlahan iaitu selaju 480Mbps sahaja.

Tapi jika itu bukan keutamaan, anda bolehlah pilih kabel yang menyokong pengecasan berkuasa tinggi tapi pindahan data yang tidak pantas seperti kabel pengecas Apple USB-C sepanjang 2 meter ini yang hanya berharga RM99 sahaja di Shopee dan Lazada.

{suggest}