Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 12

Perancis Arah Apple Tarik Balik Jualan iPhone 12 Dari Pasaran

Diterbitkan September 13, 2023 ยท Dikemas kini September 13, 2023 oleh ariff bukhari

Disebalik berita gembira dan detik bersejarah Apple melancarkan model terbaru siri iPhone 15 mereka hari ini, Kerajaan Perancis mengarahkan Apple untuk tidak menjual lagi model iPhone 12 di dalam pasaran negara itu.

Pihak berkuasa Perancis berkata, mereka memerintahkan Apple untuk mengeluarkan iPhone 12 daripada pasaran Perancis mulai 12 September.

Ia selepas Agensi Perancis yang mengawal frekuensi radio, ANFR, mendapati hasil ujian ke atas model iPhone itu mengeluarkan lebih banyak gelombang elektromagnet yang mudah diserap oleh badan daripada yang dibenarkan.

Ia berkata, mereka telah menemui penyerapan tenaga elektromagnet oleh badan pada kadar 5.74 watt sekilogram semasa ujian simulasi apabila telefon itu dipegang di tangan atau disimpan di dalam poket.

Piawaian Eropah menetapkan kadar penyerapan khusus 4.0 watt sekilogram sahaja dalam ujian tersebut.

“Apple mesti segera mengambil semua langkah untuk menghalang ketersediaan di pasaran telefon berkenaan yang terdapat dalam rantaian bekalan. Berkenaan telefon yang sudah dijual, Apple mesti mengambil langkah pembetulan secepat mungkin untuk menjadikan telefon berkenaan patuh pada syarat yang ditetapkan. Jika tidak, Apple perlu memanggil semula peranti tersebut.” ANFR.

Berkaitan

  • iPhone 15 Dan iPhone 15 Plus Rasmi, Kini Hadir Dengan 'Dynamic Island'
  • iPhone 15 Pro Dan iPhone 15 Pro Max - Akhirnya USB-C, Titanium, Tiada Lagi Butang 'Mute'
  • Tiada Lagi Model iPhone 14 Pro/Pro Max, Apple Turunkan Harga Model iPhone Terdahulu
  • iOS 17 Tersedia Untuk iPhone Dan iPad Pada 19 September 2023

Sumber: ANFR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY