Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram feature_2

Instagram Kini Benarkan Pengguna Susun Semula Siaran Di Grid Profil

Diterbitkan Jun 9, 2026 oleh Amalina Athman

Instagram kini mula memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menyusun semula kedudukan kandungan pada grid profil.

Melalui ciri ‘Reorder Grid’, pengguna tidak lagi terikat kepada susunan kronologi atau kedudukan asal sesuatu siaran (post). Sebaliknya, susun atur grid profil boleh diubah mengikut keutamaan bagi menonjolkan kandungan tertentu di bahagian hadapan profil.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/06/09045332/Instagram_-_you_can_move_posts_around_on_your_Instagram_grid_starting_this_week_JFzrCk.mp4

Menurut Instagram, ciri ini memberikan lebih kawalan kepada pengguna terhadap cara kandungan mereka dipersembahkan. Ia boleh digunakan untuk menyerlahkan karya terbaik, menyusun semula tema visual profil atau menjadikan profil lebih mencerminkan identiti pemilik akaun.

Untuk menggunakan ciri tersebut, pengguna hanya perlu membuka profil, tekan dan tahan mana-mana siaran pada grid, pilih “Reorder Grid”, kemudian tarik (drag) siaran ke kedudukan yang dikehendaki.

Sebaik sahaja perubahan dibuat, susunan baharu itu akan disimpan secara automatik dan boleh terus dilihat oleh semua yang melawat profil berkenaan.

Instagram memaklumkan ciri ini mula tersedia kepada pengguna bermula minggu ini dan akan diperluaskan secara berperingkat.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Meta Lancar Instants Untuk Instagram - Foto Hilang Selepas Dibuka
  • Meta Lancar Aplikasi Baharu “Forum” Khusus Untuk Facebook Groups
  • Meta Lancar Langganan Berbayar Untuk Instagram, Facebook, WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY