Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini 1 Billion

Aplikasi Gemini Kini Cecah 1 Bilion Pengguna Setiap Bulan – Terpantas Berkembang Dalam Sejarah Google

Diterbitkan Ogos 12, 2026 · Dikemas kini Ogos 12, 2026 oleh Amalina Athman

Google mengumumkan aplikasi Gemini kini melepasi 1 bilion pengguna setiap bulan, menjadikannya produk paling pantas berkembang dalam sejarah syarikat itu.

Menurut Google, 63% pengguna kini berinteraksi dengan Gemini menggunakan suara, termasuk semakin ramai yang hanya menggunakan suara ketika berinteraksi dengannya. Dalam kalangan ibu bapa yang sibuk pula, 43% lebih cenderung menggunakan suara untuk tugasan harian.

Dalam pada itu, Gemini Live turut digunakan untuk membantu pengguna menyelesaikan masalah dalam situasi sebenar. Satu daripada lima interaksi Gemini Live melibatkan lebih daripada suara, termasuk penggunaan kamera secara langsung dan perkongsian skrin. Penggunaan ciri ini popular dalam kalangan pelajar dan pengguna yang melakukan kerja DIY.

Bagi golongan pelajar pula, 38% permintaan yang dihantar kepada Gemini disertakan dengan lampiran.

1B+ people are now using @Geminiapp every month to spark new ideas and get things done. It’s our fastest growing product ever, and our 14th to hit the 1B-user mark.

Kudos to @JoshWoodward & the entire Gemini team, and thank you to everyone who has been on this journey with us -… pic.twitter.com/sSWrULX4Qn

— Sundar Pichai (@sundarpichai) August 11, 2026

Dari aspek kreativiti, Gemini kini dilaporkan menjana lebih 150 juta imej setiap hari. Pengguna juga boleh menghasilkan imej, video dan audio dalam satu tempat.

Di Android, Gemini boleh mengautomasikan tindakan merentasi lebih 40 aplikasi popular, termasuk membantu pengguna membuat tempahan perjalanan dan meja. Sementara itu, versi iOS kini mempunyai lebih 100 juta pengguna aktif, manakala pengguna tegar Gemini di macOS dilaporkan menghantar arahan sekitar dua kali lebih kerap berbanding platform lain.

Dengan jumlah pengguna yang kini melepasi angka 1 bilion setiap bulan, Google berkata pihaknya akan terus menjadikan Gemini sebagai pembantu yang lebih peribadi, proaktif dan berkeupayaan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Google Perkenal Gemini 3.5 Live Translate, Pengguna Kini Boleh Terjemah Perbualan Secara Langsung
  • Google Lancar Gemini Spark Di Malaysia, AI Yang Boleh Bekerja 24 Jam Sehari
  • Gemini Spark Kini Diintegrasikan Dengan Chrome

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY