Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini 3.7 Flash Tiba Hanya Tiga Minggu Selepas 3.6 Flash

Gemini 3.7 Flash Tiba Hanya Tiga Minggu Selepas 3.6 Flash

Diterbitkan Ogos 14, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 14, 2026 oleh Amsyar Latif

Google secara rasmi memperkenalkan Gemini 3.7 Flash, model kecerdasan buatan (AI) terbaharu yang dibangunkan khusus untuk tugasan pengaturcaraan dan penggunaan berasaskan ejen AI.

Menariknya, Gemini 3.7 Flash diperkenalkan hanya tiga minggu selepas pelancaran Gemini 3.6 Flash. Menurut Google, model baharu ini menawarkan peningkatan dalam kejuruteraan perisian, tugasan berasaskan pengetahuan dan pembangunan web.

Gemini 3.7 Flash Tiba Hanya Tiga Minggu Selepas 3.6 Flash

Antara peningkatan yang diberikan adalah keupayaan model untuk memahami dan memproses dokumen kompleks dengan lebih baik. Dalam penanda aras GDP.pdf, Gemini 3.7 Flash mencatat skor 34.0% berbanding 22.0% pada Gemini 3.6 Flash.

Gemini 3.7 Flash Tiba Hanya Tiga Minggu Selepas 3.6 Flash

Prestasinya dalam melaksanakan aliran kerja perniagaan juga bertambah baik dengan skor AutomationBench meningkat daripada 17.0% kepada 30.4%. Google turut menyatakan model ini lebih baik dalam mengikuti arahan, melakukan perancangan berbilang langkah dan menggunakan pelbagai alat dengan kurang campur tangan pengguna.

Gemini 3.7 Flash Tiba Hanya Tiga Minggu Selepas 3.6 Flash
Gemini 3.7 Flash Tiba Hanya Tiga Minggu Selepas 3.6 Flash
Gemini 3.7 Flash Tiba Hanya Tiga Minggu Selepas 3.6 Flash

Dalam tugasan pengaturcaraan pula, Gemini 3.7 Flash mencatat skor 43.6% dalam FrontierCode 1.1 Main, meningkat daripada 34.4% pada generasi sebelumnya. Ia turut memperoleh skor Elo 1588 dalam WebDev Arena berbanding 1538 untuk Gemini 3.6 Flash.

Selain itu, Gemini 3.7 Flash kini digunakan pada Gemini Spark, AI agent Google yang tersedia kepada pelanggan Google AI Pro dan Ultra. Melaluinya, Spark boleh melakukan tugasan seperti menggabungkan fail, menyediakan draf e-mel dan mengemas kini dokumen dengan menggunakan aplikasi Google Workspace.

Gemini 3.7 Flash tersedia kepada pembangun melalui Gemini API, Google AI Studio dan Android Studio, selain Gemini Enterprise untuk pelanggan perusahaan.

Google turut menawarkan harga pengenalan sebanyak AS$0.75 bagi setiap sejuta token input dan AS$3.75 untuk sejuta token output sehingga 31 Disember 2026.

Bermula 1 Januari 2027, harga tersebut akan meningkat kepada masing-masing AS$1.50 dan AS$7.50.

Gemini 3.7 Flash Tiba Hanya Tiga Minggu Selepas 3.6 Flash

Berkaitan

  • Gemini Spark Kini Diintegrasikan Dengan Chrome
  • OpenAI Naik Taraf ChatGPT - Pengguna Percuma Kini Dapat 'Chat' Tanpa Had Dengan GPT-5.6 Luna
  • Aplikasi Gemini Kini Cecah 1 Bilion Pengguna Setiap Bulan - Terpantas Berkembang Dalam Sejarah Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY