Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Ciri Baharu ChatGPT Kini Mudahkan Pengguna Akses Semua Imej Dijana

Diterbitkan April 16, 2025 · Dikemas kini April 16, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI hari ini memperkenalkan satu lagi ciri baharu dalam ChatGPT, iaitu galeri imej terbina yang membolehkan pengguna mengakses semula semua imej yang pernah dijana dengan lebih mudah.

Ciri ini tersedia kepada semua pengguna ChatGPT, termasuk versi percuma, Plus dan Pro pada kedua-dua platform mudah alih dan chatgpt.com.

Dalam satu video ringkas, OpenAI menunjukkan cara ciri ini berfungsi. Menerusi sidebar ChatGPT, pengguna akan melihat bahagian baharu dinamakan sebagai “Library”. Apabila diakses, ia memaparkan grid imej yang telah dijana sebelum ini — membolehkan semakan semula dengan lebih mudah dan teratur.

All of your image creations, all in one place.

Introducing the new library for your ChatGPT image creations—rolling out now to all Free, Plus, and Pro users on mobile and https://t.co/nYW5KO1aIg. pic.twitter.com/ADWuf5fPbj

— OpenAI (@OpenAI) April 15, 2025

Turut tersedia ialah ikon “+” bagi versi web dan butang “Make Image” di platform mudah alih, membolehkan pengguna menjana imej baharu secara langsung dari galeri tersebut.

Berdasarkan tinjauan di aplikasi ChatGPT iOS, ciri galeri ini sudah pun tersedia dan berfungsi seperti yang ditunjukkan dalam video rasmi OpenAI.

Ciri ini sememangnya berguna, terutama bagi pengguna yang kerap menjana imej menggunakan ChatGPT.

Imej yang dijana akan disimpan secara automatik di bahagian tersebut, dan pengguna dengan mudah boleh mencari semula imej tanpa perlu menatal sejarah chat.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Penjanaan Imej 4o Kini Dilancarkan Untuk Pengguna ChatGPT - Termasuk Versi Percuma
  • OpenAI Perkenal GPT-4.1 Dengan Sokongan 1 Juta Token, Peningkatan Pengekodan
  • OpenAI Dilapor Sedang Bangunkan Rangkaian Sosial Seakan Platform X

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY