Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI GPT-4.1_1

OpenAI Perkenal GPT-4.1 Dengan Sokongan 1 Juta Token, Peningkatan Pengekodan

Diterbitkan April 15, 2025 · Dikemas kini April 15, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI hari ini memperkenalkan GPT-4.1, iaitu pengganti kepada model AI GPT-4o yang dilancarkan tahun lalu, bersama dua lagi varian berskala lebih kecil – GPT-4.1 mini dan GPT-4.1 nano.

OpenAI berkata GPT-4.1 mempunyai tetingkap konteks yang lebih besar dan lebih baik berbanding GPT-4o dalam “hampir setiap aspek”, dengan penambahbaikan ketara dalam pengekodan dan pematuhan arahan.

Ketiga-tiga model ini mampu memproses sehingga 1 juta token konteks – peningkatan ketara berbanding had 128,000 token pada model GPT‑4o sebelum ini.

Pada SWE-bench Verified, GPT-4.1 menunjukkan peningkatan sebanyak 21.4% berbanding GPT-4o dalam pengekodan, dan peningkatan sebanyak 26.6% berbanding GPT-4.5.

OpenAI GPT-4.1_2

GPT-4.1 mini yang lebih ringan pula setara atau lebih baik daripada GPT-4o dengan latensi lebih rendah. GPT-4.1 nano adalah model terpantas dan termurah dari OpenAI, sesuai untuk tugas pengelasan, autocompletion dan seumpamanya.

Dengan pengenalan GPT-4.1, OpenAI akan menghentikan sokongan untuk GPT-4.5 dalam API, memandangkan GPT-4.1 menawarkan banyak fungsi yang sama pada kos lebih rendah.

GPT‑4.1, GPT‑4.1 mini dan GPT‑4.1 nano kini tersedia untuk semua pembangun, dengan harga 26% lebih murah berbanding GPT-4o.

OpenAI GPT-4.1_3

Berkaitan

  • OpenAI Lancar GPT-4o - Model Lebih Pantas, Percuma Untuk Semua Pengguna ChatGPT
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • OpenAI o3-mini Kini Boleh Diakses Semua Pengguna ChatGPT
  • OpenAI Tukar Strategi, Umum Model AI Lebih Terbuka
  • OpenAI Akan "Tamatkan" GPT-4, Era GPT-4o Di ChatGPT Bermula

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY