Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI 4o Image Generation_featured image

Penjanaan Imej 4o Kini Dilancarkan Untuk Pengguna ChatGPT – Termasuk Versi Percuma

Diterbitkan Mac 26, 2025 · Dikemas kini Mac 26, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI kini memperkenalkan penjanaan imej 4o dalam ChatGPT, membolehkan pengguna mencipta imej lebih berkualiti melalui arahan teks.

Menurut OpenAI, penjanaan imej GPT-4o cemerlang dalam menghasilkan teks dengan ketepatan, mengikuti arahan secara tepat, dan memanfaatkan pangkalan pengetahuan serta konteks perbualan 4o – termasuk menukar imej yang dimuat naik atau menggunakannya sebagai inspirasi visual.

OpenAI 4o Image Generation_1
OpenAI 4o Image Generation_2
OpenAI 4o Image Generation_3
OpenAI 4o Image Generation_4

Walau bagaimanapun, memandangkan model ini menghasilkan imej yang lebih terperinci, proses penjanaan imej mungkin mengambil masa lebih lama – sehingga satu minit.

OpenAI 4o Image Generation_7
OpenAI 4o Image Generation_6
OpenAI 4o Image Generation_5

Perlu diketahui bahawa semua imej yang dihasilkan akan disertakan dengan metadata C2PA, yang akan mengenal pasti imej tersebut sebagai hasil daripada GPT-4o bagi memastikan ketelusan.

Penjanaan imej 4o mula dilancarkan hari ini kepada pengguna percuma serta pelanggan ChatGPT Plus, Pro dan Team sebagai penjana imej default dalam ChatGPT. Akses untuk pengguna Enterprise dan Edu akan menyusul tidak lama lagi. Ciri ini juga boleh digunakan dalam Sora.

Bagi pengguna yang menggunakan DALL·E, ia masih boleh diakses melalui DALL·E GPT. Selain itu, pembangun juga akan dapat menjana imej menggunakan GPT-4o melalui API, dengan akses dijadualkan dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • OpenAI Bakal Lancar GPT-5 Dengan Integrasi Model o3, Percuma Untuk Semua Pengguna
  • ChatGPT Search Kini Boleh Digunakan Sebagai Enjin Carian Di Safari, Begini Caranya
  • GPT-4.5 Rasmi: Makin Bijak, Lebih Pantas, Perbualan Lebih Semula Jadi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY