Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI_The Intercept

OpenAI Dilapor Sedang Bangunkan Rangkaian Sosial Seakan Platform X

Diterbitkan April 16, 2025 ยท Dikemas kini April 16, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI kini sedang membangunkan rangkaian media sosialnya sendiri yang mirip platform X, menurut laporan The Verge yang memetik beberapa sumber terdekat.

Difahamkan, projek ini masih berada di peringkat awal pembangunan, namun satu prototaip dalaman telah dibangunkan dengan fokus kepada fungsi penjanaan imej ChatGPT yang mempunyai suapan sosial (social feed).

CEO OpenAI Sam Altman, turut dilaporkan telah mengumpulkan maklum balas secara peribadi daripada pihak luar berkenaan projek tersebut.

Buat masa ini, masih belum jelas sama ada OpenAI akan mengintegrasikan rangkaian sosial tersebut ke dalam ChatGPT atau melancarkannya sebagai aplikasi berasingan. Terdapat juga kemungkinan bahawa aplikasi ini tidak akan melepasi fasa prototaip dan dihentikan sebelum dilancarkan secara rasmi.

Potensi pelancaran media sosial OpenAI ini dijangka akan memburukkan lagi ketegangan antara Sam Altman dan Elon Musk. Pada Februari lalu, Elon Musk dilaporkan telah membuat tawaran untuk membeli OpenAI pada nilai AS$97.4 bilion. Sebagai respon, Altman membalas secara sinis “tidak, terima kasih, tetapi kami akan beli Twitter pada harga AS$9.74 bilion jika anda mahu”.

no thank you but we will buy twitter for $9.74 billion if you want

— Sam Altman (@sama) February 10, 2025

Tidak hanya itu, penyertaan OpenAI ke dalam rangkaian media sosial berpotensi meletakkan syarikat itu dalam persaingan dengan Meta.

Apabila laporan mengenai usaha Meta membangunkan pesaing kepada aplikasi ChatGPT mula tersebar, Sam Altman membalas di platform X dengan mengatakan “ok baik mungkin kita akan buat aplikasi sosial”.

ok fine maybe we'll do a social app https://t.co/663VkHN4qB

— Sam Altman (@sama) February 27, 2025

Setakat artikel ini diterbitkan, pihak OpenAI belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • OpenAI Bakal Lancar GPT-5 Dengan Integrasi Model o3, Percuma Untuk Semua Pengguna
  • OpenAI Akan "Tamatkan" GPT-4, Era GPT-4o Di ChatGPT Bermula
  • OpenAI Perkenal GPT-4.1 Dengan Sokongan 1 Juta Token, Peningkatan Pengekodan

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY