Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Series 10, Rekaan Lebih Nipis Dan Skrin Lebih Besar

Apple Watch Series 10, Rekaan Lebih Nipis Dan Skrin Lebih Besar

Diterbitkan September 10, 2024 · Dikemas kini September 10, 2024 oleh Amsyar Latif

Apple Watch Series 10 dilancarkan secara rasmi hari ini dengan menampilkan rekaan serba baharu, di mana ia lebih nipis dan skrin lebih besar kerana bezelnya nipis berbanding model terdahulu.

Jam tangan pintar itu hanya setebal 9.7mm di mana ia 10% lebih nipis berbanding Series 9. Tambahan lagi, tubuh nipis itu juga menampilkan pembesar suara yang akhirnya dapat memainkan media seperti lagu.

Screenshot 2024-09-10 at 1.06.45 AM
Apple Watch 2024_2

Sebelum ini, ia tidak boleh berbuat demikian.

Malah, Apple juga mengatakan skrinnya jauh lebih besar berbanding Apple Watch Ultra 2. Selain itu, paparannya juga 40% lebih cerah.

Apple Watch Series 10, Rekaan Lebih Nipis Dan Skrin Lebih Besar

Selain daripada muka jam baharu yang memanfaatkan skrin besar tersebut, tubuh aluminium itu juga menawarkan tiga pilihan warna, iaitu jet black (warna baharu), rose gold dan silver.

Apple turut menyatakan Watch Series 10 adalah jam tangan pintar Apple yang hadir dengan pengecasan jauh lebih pantas. Dalam masa 30 minit, boleh cas sehingga 80% dan baterinya boleh bertahan sehingga 18 jam. Sementara, ia dikuasakan cip S10 untuk menjalankan kerja-kerja pemantauan dan lain-lain.

apple watch series 10

Bukan itu sahaja, jam tangan ini juga mempunyai varian titanium di mana hadir dengan tali jam baharu serta tiga pilihan warna — natural, gold dan grey.

Apple Watch Series 10, Rekaan Lebih Nipis Dan Skrin Lebih Besar

Dari segi fungsi kesihatan, Watch Series 10 hadir dengan Sleep Apnea. Ia menggunakan accelerator untuk mengenal pasti sama ada pengguna mempunyai masalah tersebut. Lebih 150 negara menyokong fungsi ini.

Ultra 2 satin black

Bagi peminat Ultra, Apple juga mengemas kini Apple Watch Ultra 2 dengan warna hitam titanium serba baharu termasuk dengan tali jam baharu.

apple watch ultra 2

Harga

Untuk harga, Apple Watch Series 10 dijual pada tanda harga bermula RM1,799 untuk GPS atau GPS+Cellular. Sementara versi titanium pula bermula RM3,299 di mana kedua-dua varian hadir dengan pilihan saiz 42mm dan 46mm.

Apple Watch Ultra 2 pula masih lagi sama, iaitu RM3,799.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY