Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple watch ultra (5)

Apple Watch Ultra 2025 Akan Dapat Menghantar Teks Melalui Satelit – Mark Gurman

Diterbitkan Disember 11, 2024 · Dikemas kini Disember 11, 2024 oleh ariff bukhari

Ura-ura terbaru berkaitan jam pintar Apple Watch generasi akan datang pastinya akan membuat para peminat jam pintar sangat teruja.

Menurut Mark Gurman dari Bloomberg yang terkenal dengan laporan produk Apple yang akan keluar di masa hadapan melaporkan, Apple Inc. merancang untuk membawa ciri sambungan satelit kepada jam tangan pintarnya pada tahun 2025 yang turut membolehkan pemakai menghantar mesej teks melalui satelit terus dari peranti tersebut.

Keupayaan satelit itu dijadualkan untuk tiba ke peranti Apple Watch Ultra tahun depan.

Teknologi ini akan membolehkan pengguna jam tangan pintar itu menghantar mesej teks luar dari grid melalui satelit Globalstar Inc. apabila mereka tidak mempunyai sambungan selular atau Wi-Fi.

Selain itu, khabar angin turut mendakwa Apple sedang mengusahakan ciri tekanan darah dalam usaha untuk menarik pejalan kaki dan pengguna tegar kesihatan untuk menaik taraf peranti mereka.

Setakat ini, Apple telah memperkenalkan ciri ‘Emergency SOS via Satellite’, yang membolehkan pemilik iPhone menghubungi perkhidmatan kecemasan dengan menggunakan sambungan satelit apabila tiada sambungan selular atau Wi-Fi yang tersedia menerusi model iPhone yang menyokongnya.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Walaupun Selepas 2 Tahun, Apple Masih Tawar SOS Kecemasan Melalui Satelit Secara Percuma
  • MCMC Ingatkan Penguatkuasaan Larangan Terhadap SMS Dengan Pautan

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY