Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini Live_1

Pengguna Android, iOS Kini Boleh Akses Percuma Gemini Live Dengan Kamera

Diterbitkan Mei 21, 2025 ยท Dikemas kini Mei 21, 2025 oleh Amalina Athman

Pada acara I/O 2025, Google mengumumkan ciri Gemini Live dengan sokongan kamera dan perkongsian skrin kini tersedia secara percuma untuk semua pengguna Android dan iOS.

Untuk makluman, ciri ini sebenarnya telah ditawarkan kepada pengguna Android sejak April lalu, dan kini diperluaskan secara berperingkat kepada pengguna iOS bermula hari ini.

Gemini Live_2

Melalui sokongan kamera, pengguna boleh menunjukkan persekitaran secara langsung, dan Gemini akan memberi respons serta menjawab soalan berdasarkan apa yang dilihat.

Sementara itu, dengan perkongsian skrin, pengguna boleh menatal aplikasi atau laman web sambil berinteraksi dengan Gemini secara masa nyata (real time), sesuai untuk mendapatkan bantuan atau penjelasan segera.

Untuk mengakses Gemini Live, pengguna perlu memuat turun aplikasi Gemini di Google Play Store atau Apple App Store terlebih dahulu.

Pengguna Android, iOS Kini Boleh Akses Percuma Gemini Live Dengan Kamera

Setelah itu, buka aplikasi Gemini dan tekan ikon “Live” di bahagian bawah skrin utama. Kemudian, pilih sama ada ikon kamera atau perkongsian skrin untuk terus berinteraksi dengan Gemini secara langsung.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Google Perkenal Model AI 'Paling Pintar' - Gemini 2.5
  • Gemini Live Dengan Kamera Kini Percuma Untuk Semua Pengguna Android
  • Aplikasi Gemini Kini Sokong Suntingan Imej AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY