Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini Live with Camera_1

Gemini Live Dengan Kamera Kini Percuma Untuk Semua Pengguna Android

Diterbitkan April 17, 2025 · Dikemas kini April 17, 2025 oleh Amalina Athman

Google mengumumkan bahawa ciri Gemini Live dengan sokongan kamera dan perkongsian skrin kini ditawarkan kepada semua pengguna Android menerusi aplikasi Gemini.

Ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI) ini telah dilancarkan secara rasmi pada minggu lalu untuk semua pengguna Pixel 9 dan Samsung Galaxy S25, namun hanya boleh diakses menerusi langganan Gemini Advanced sahaja.

Bermula hari ini dan beberapa minggu akan datang (berperingkat), Google melancarkan ciri tersebut secara percuma kepada semua pengguna Android yang menggunakan aplikasi Gemini.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi Gemini melalui Google Play Store. Untuk mengaktifkan kamera atau perkongsian skrin, buka paparan penuh Gemini Live dan tekan butang dengan ikon kamera atau perkongsian skrin yang terletak di sebelah kiri.

We’ve been hearing great feedback on Gemini Live with camera and screen share, so we decided to bring it to more people ✨

Starting today and over the coming weeks, we're rolling it out to *all* @Android users with the Gemini app. Enjoy!

PS If you don’t have the app yet,… https://t.co/dTsxLZLxNI

— Google Gemini App (@GeminiApp) April 16, 2025

Melalui sokongan kamera, Gemini Live boleh melihat dan memberi respons terhadap apa yang dipaparkan pada kamera peranti.

Sementara itu, dengan perkongsian skrin, pengguna boleh menatal aplikasi atau laman web sambil berinteraksi dengan Gemini Live.

Ciri ini disertakan dengan getaran halus sebelum Gemini Live mula memberikan respons. Pengguna juga boleh menarik turun bar notifikasi pada bila-bila masa dan pilih “Stop sharing” untuk menghentikan perkongsian skrin.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Pengguna Android, iOS Kini Boleh Akses 'Audio Overview' Di Aplikasi Gemini
  • Google Perkenal Model AI 'Paling Pintar' - Gemini 2.5
  • Akses Gems Google Gemini Kini Tersedia Untuk Pengguna Percuma Di Android, iOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY