Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini 2.5_1

Google Perkenal Model AI ‘Paling Pintar’ – Gemini 2.5

Diterbitkan Mac 26, 2025 · Dikemas kini Mac 26, 2025 oleh Amalina Athman

Google kini memperkenalkan Gemini 2.5, model kecerdasan buatan (AI) paling berkuasa dengan keupayaan pemikiran yang lebih pintar.

Model 2.5 ialah model pemikiran yang mampu menilai dan menganalisis sebelum memberikan jawapan, menghasilkan prestasi yang lebih baik dan ketepatan yang lebih tinggi.

Ini bermakna Gemini 2.5 dapat menangani masalah yang lebih kompleks dalam pengekodan, sains, dan matematik, serta menyokong ejen AI yang lebih memahami konteks.

Gemini 2.5 Pro

Versi pertama dalam siri ini, Gemini 2.5 Pro Experimental, telah menduduki tangga teratas di LMArena dalam pelbagai ujian penanda aras.

Gemini 2.5_2

Gemini 2.5 Pro berada di tahap cemerlang dalam pelbagai penanda aras yang memerlukan penaakulan lanjutan. Tanpa teknik ujian tambahan yang meningkatkan kos, seperti majority voting, ia mendahului dalam ujian matematik dan sains seperti GPQA dan AIME 2025.

Model ini juga mencatat skor 18.8%, yang tertinggi dalam kalangan model tanpa penggunaan alat, dalam Humanity’s Last Exam – set data yang dibangunkan oleh ratusan pakar untuk mengukur tahap pengetahuan dan penaakulan manusia.

Gemini 2.5_3

Bagi pengaturcaraan, Gemini 2.5 Pro cemerlang dalam membangunkan aplikasi web yang menarik secara visual serta mengaplikasikan kod bersifat agentik, selain keupayaan mengubah dan menyunting kod. Dalam SWE-Bench Verified, penanda aras industri untuk penilaian kod agen, ia mencatat skor 63.8%.

Sebagai contoh, 2.5 Pro boleh menggunakan keupayaan penaakulannya untuk mencipta permainan video dengan menghasilkan kod hanya daripada satu baris arahan.

Gemini 2.5 dibina berasaskan kelebihan utama model Gemini – multimodaliti asli dan tetingkap konteks panjang.

2.5 Pro kini dilancarkan dengan tetingkap konteks 1 juta token (akan meningkat kepada 2 juta), menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

Model ini boleh memahami set data besar dan menangani masalah kompleks dari pelbagai sumber maklumat, termasuk teks, audio, imej, video, dan repositori kod penuh.

Pembangun dan syarikat boleh mula mencuba Gemini 2.5 Pro di Google AI Studio sekarang, manakala pengguna Gemini Advanced boleh memilihnya dalam menu pilihan model di desktop dan peranti mudah alih. Ia juga akan tersedia di Vertex AI dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Pengguna Kini Boleh Akses Gemini Tanpa Perlu Log Masuk
  • Google Perkenal Dua Ciri Baharu Gemini - Canvas, Audio Overview
  • Pengguna Android, iOS Kini Boleh Akses 'Audio Overview' Di Aplikasi Gemini

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY