Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemini Apps

Aplikasi Gemini Kini Sokong Suntingan Imej AI

Diterbitkan Mei 2, 2025 · Dikemas kini Mei 2, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas ujian bersama pembangun bulan lalu, Google kini mula melancarkan ciri suntingan imej AI dalam aplikasi Gemini.

Ciri ini membolehkan pengguna menyunting imej yang dimuat naik sendiri mahupun yang dijana oleh aplikasi Gemini, hanya menggunakan arahan teks biasa. Antara suntingan yang boleh dilakukan termasuk menukar latar belakang, menggantikan objek, menambah elemen dan lain-lain.

Sebagai contoh, pengguna boleh memuat naik gambar peribadi dan meminta Gemini untuk menjana semula imej tersebut dengan warna rambut, pakaian atau baju yang berbeza.

Starting today, we're testing new image editing features in Gemini like changing backgrounds, swapping objects, and more. They’re rolling out gradually to all users. We're continuing to improve image generation, so stay tuned. pic.twitter.com/JsurD7LRck

— Google Gemini App (@GeminiApp) April 30, 2025

Bagi memastikan ketelusan, setiap imej yang dicipta atau disunting dengan ciri suntingan asli ini akan disertakan dengan tera air digital (digital watermark) tersembunyi SynthID. Google juga sedang menguji penggunaan tera air yang kelihatan pada semua imej yang dijana oleh Gemini.

Dari segi ketersediaan, ciri suntingan imej ini dilancarkan secara berperingkat dan akan tersedia untuk lebih ramai pengguna dalam lebih 45 bahasa serta kebanyakan negara dalam beberapa minggu akan datang.

Sebaik sahaja ciri ini tersedia, pengguna boleh mula menyunting imej menggunakan mana-mana model AI yang tersedia.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Google Perkenal Model AI 'Paling Pintar' - Gemini 2.5
  • Akses Gems Google Gemini Kini Tersedia Untuk Pengguna Percuma Di Android, iOS
  • Gemini Live Dengan Kamera Kini Percuma Untuk Semua Pengguna Android

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY