Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro

Pemilik BMW Alami Isu Cip NFC iPhone 15 Pro Rosak Selepas Caj Secara Tanpa Wayar

Diterbitkan Oktober 2, 2023 oleh ariff bukhari

Sebahagian pemilik BMW telah mengadu bahawa cip NFC iPhone 15 mereka tidak lagi berfungsi selepas mengecas peranti itu dengan pad pengecasan tanpa wayar dalam kenderaan mereka.

Berdasarkan komen yang dikongsi di Forum MacRumors dan X, pelanggan yang terjejas mengatakan iPhone mereka masuk ke mod pemulihan data dengan skrin putih, dan cip NFC tidak lagi berfungsi selepas peranti boot semula.

Dalam iPhone terdapat cip NFC yang membolehkan ciri seperti Apple Pay dan kunci kereta digital digunakan. Pengguna yang terjejas menerima mesej ralat “Could Not Set Up Apple Pay”  dalam aplikasi Wallet, dan nampaknya tidak ada cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sesetengah pelanggan mengatakan Apple menggantikan iPhone mereka selepas mengesahkan cip NFC gagal, tetapi iPhone gantian kemudian terdedah kepada isu yang sama, jadi pada masa ini tiada penyelesaian kekal.

Pemilik BMW Alami Isu Cip NFC iPhone 15 Pro Rosak Selepas Caj Secara Tanpa Wayar
Contoh pad pengecas tanpa wayar dalam kereta BMW. Sumber imej: (bmw.ca)

Walaupun aduan setakat ini hanya datang daripada pengguna iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, tetapi ada kemungkinan model iPhone 15 dan iPhone 15 Plus juga terjejas dengan isu yang sama.

Jadi kepada pemilik siri iPhone 15, anda harus berhati-hati sehingga isu ini diselesaikan.

Masih tidak jelas apakah punca sebenar kepada isu khusus ini, berapa ramai pelanggan yang terjejas dan model BMW yang terlibat.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Lebih Murah, Ini 4 Alternatif Kabel USB-C Berkelajuan 10Gbps Untuk iPhone 15 Pro Max
  • iPhone 15 Tak Boleh Guna USB-C Android? Ini Yang Anda Patut Tahu
  • Apple Sahkan Isu Kepanasan Melampau iPhone 15 Pro, Bingkai Titanium Bukan Punca

Sumber: MacRumors

(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY