Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple iPhone 15 Pro

Apple Sahkan Isu Kepanasan Melampau iPhone 15 Pro, Bingkai Titanium Bukan Punca

Diterbitkan Oktober 1, 2023 · Dikemas kini Oktober 1, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak minggu lalu, beberapa pengguna iPhone 15 Pro telah mengadu mengenai masalah overheating atau kepanasan melampau.

Kini, Apple mengesahkan isu berkenaan dan merancang untuk mengeluarkan kemas kini iOS 17 bagi menangani pepijat yang mungkin menyumbang kepada masalah kepanasan melampau pada iPhone 15 Pro.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Kuo: Isu Kepanasan Melampau iPhone 15 Pro Tidak Berkait Dengan Cip 3nm TSMC
  • iPhone 15 Pro Jadi "Lemau" Main Genshin Impact Pada Tetapan Tertinggi
  • Sebilangan 'Power Bank' USB-C Dilapor Tak Boleh Cas iPhone 15

Bukan punca bingkai titanium

Kata Apple, isu berkenaan tidak berkaitan dengan bingkai titanium. Bertentangan dengan laporan sebelum ini, Apple menafikan penggunaan bingkai titanium iPhone 15 Pro adalah punca masalah kepanasan melampau.

Malah, syarikat itu menjelaskan bingkai titanium dan substruktur aluminium memberikan pelesapan haba yang lebih baik daripada mana-mana model Pro generasi sebelumnya dengan bingkai keluli tahan karat.

Punca sebenar

Menurut Apple, pihaknya telah mengesan beberapa punca yang menyebabkan kepanasan melampau. Antaranya, peranti mungkin akan berasa lebih panas dalam beberapa hari pertama selepas menyediakan atau memulihkan peranti kerana aktiviti latar (background activity) yang meningkat.

Sebagai tambahan, isu tersebut disebabkan oleh kemas kini aplikasi pihak ketiga baru-baru ini, yang mana mereka kini sedang bekerjasama dengan pembangun aplikasi bagi membaik pulih masalah itu.

We have also found a bug in iOS 17 that is impacting some users and will be addressed in a software update. Another issue involves some recent updates to third-party apps that are causing them to overload the system. We’re working with these app developers on fixes that are in the process of rolling out.

Lanjutan itu, Apple dijangka akan membetulkan pepijat dengan kemas kini iOS 17.1, atau kemungkinan lebih awal melalui kemas kini iOS 17.0.3.

Tidak akan kurangkan prestasi A17 Pro

Dalam pada itu, Apple juga menegaskan baik pulih pepijat tidak akan mengurangkan prestasi cip A17 Pro, serta isu tersebut tidak akan memberi kesan kepada prestasi jangka panjang iPhone 15 Pro.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljy752
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljy759

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY