Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Program Khas Peralihan Kelas B_a

Pemegang Lesen B2/B1 Kini Boleh Semak Kelayakan, Mohon Program Khas Peralihan Kelas B

Diterbitkan Oktober 1, 2024 · Dikemas kini Oktober 3, 2024 oleh Amalina Athman

Selaras dengan pengumuman Kementerian Pengangkutan berkenaan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 Kepada Kelas B, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia kini memaklumkan pemegang lesen B2/B1 yang layak boleh membuat permohonan bagi mengikuti program khas tersebut di mana-mana Institut Memandu (IM) terpilih di seluruh negara, bermula 1 Oktober 2024.

Pemegang LMM Kelas B2/B1 boleh membuat semakan kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B sama ada melalui aplikasi MyJPJ, portal mySIKAP atau kaunter JPJ. Di aplikasi MyJPJ, semakan boleh dilakukan melalui Home > tatal ke Pelesenan Pemandu > Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B.

Pemegang Lesen B2/B1 Kini Boleh Semak Kelayakan, Mohon Program Khas Peralihan Kelas B

Sekiranya layak, pemohon boleh hadir di mana-mana IM terpilih di seluruh negara yang menawarkan Lesen Memandu Motosikal Kelas B dan mendaftar untuk mengikuti program khas tersebut. Pemegang lesen juga perlu membuat pengesahan kendiri kesihatan tubuh badan/fizikal/minda semasa pendaftaran di IM.

Untuk pembayaran, JPJ memaklumkan kadar siling fi kepada IM bagi program khas berkenaan adalah sebanyak RM160. Ia merangkumi pendaftaran dan insurans pelajar, kursus peralihan dan penyesuaian (2 jam), fi perkhidmatan (termasuk sewaan kenderaan dan litar) serta fi ujian JPJ.

JPJ Program Khas Peralihan Lesen B2_B1 kepada B
JPJ Program Khas Peralihan Lesen B2_B1 kepada B_kelayakan

Maklumat lanjut mengenai Program Khas Peralihan Kelas B boleh dirujuk di SINI atau laman rasmi JPJ.

Berkaitan

  • Peralihan Lesen Kelas B1 Dan B2 Kepada "B Full", Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai JPJePlate
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Log Masuk Ke Aplikasi MyJPJ Akan Menggunakan MyDigital ID, Daftar Segera Elak Kesulitan
  • Syarat Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B Dilonggarkan

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY