Kemas kini 3/10/2024: Penggunaan MyDigital ID untuk log masuk aplikasi MyJPJ DITANGGUHKAN. Rujuk artikel INI. Namun, ia masih boleh digunakan sebagai salah satu kaedah log masuk MyJPJ.
Bagi mengelakkan sebarang kesulitan log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ, orang ramai diminta untuk mendaftar segera MyDigital ID dengan segera.
Ini kerana, log masuk tunggal ke dalam aplikasi MyJPJ akan menggunakan MyDigital ID yang akan dikuatkuasakan bermula 10 Oktober 2024 ini.
Kaedah log masuk tunggal bererti penggunaan log masuk yang boleh digunakan untuk semua perkhidmatan dalam talian tanpa memerlukan kata nama dan kata laluan selain MyDigital ID.
Pendaftaran MyDigital ID kini boleh dibuat sama ada di Kiosk atau daftar secara dalam talian sahaja, terus dari aplikasi MyDigital ID.
Berikut adalah langkah-langkah cara mendaftar MyDigital ID terus dari aplikasi MyDigital ID di telefon pintar anda.
1. Muat turun aplikasi MyDigital ID untuk peranti iOS, Android dan Huawei.
2. Buka aplikasi MyDigital ID dan pilih butang Daftar Online.
3. Isikan maklumat alamat e-mel dan tekan butang Seterusnya.
4. Masukkan OTP yang dihantar ke alamat e-mel anda tadi dan tekan butang Seterusnya.
5. Kemudian, masukkan Maklumat Diri.
6. Seterusnya, anda perlu mengambil gambar hadapan dan belakang Kad Pengenalan anda.
7. Selepas itu, anda perlu menetapkan kata laluan untuk akaun MyDigital ID anda.
8. Kini anda telah pun selesai mendaftar dan sudah memiliki akaun MyDigital ID anda.
Bagi anda yang mungkin belum sedia maklum, aplikasi MyJPJ merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kegunaan orang awam membuat transaksi seperti Semakan Saman JPJ, Pembaharuan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta pautan ke aplikasi nombor giliran (JPJeQ) untuk mendapatkan nombor giliran berurusan di kaunter JPJ.
{suggest}