Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarat Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B Dilonggarkan

Syarat Terkini Untuk Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B

Diterbitkan Oktober 3, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 4, 2024 oleh Amalina Athman

Selaras dengan pengumuman kelonggaran syarat Program Khas Peralihan Kelas B, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia hari ini mengemas kini syarat-syarat kelayakan terkini bagi program itu.

Menurut JPJ, pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 yang ingin memohon Program Khas Peralihan Kelas B perlu memenuhi syarat kelayakan terkini seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Memegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas B2/ B1 telah mencukupi tempoh 10 tahun dan ke atas
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas B2/ B1 aktif dan berkuat kuasa
  • Bebas senarai hitam JPJ & PDRM, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod disabitkan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333

Untuk semakan kelayakan, layari portal rasmi MySikap, aplikasi MyJPJ atau melalui kaunter JPJ. Di aplikasi MyJPJ, semak melalui Home > tatal ke bahagian Pelesenan Pemandu > Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B.

Syarat Terkini Untuk Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B

Sekiranya layak, pengguna boleh mengikut langkah di bawah bagi melengkapkan peralihan LMM Kelas B2/B1 kepada LMM Kelas B.

JPJ Program Khas Peralihan Kelas B_b

Untuk melihat senarai penuh institut memandu yang menawarkan Program Khas Peralihan Kelas B, teruskan bacaan selanjutnya di SINI.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Pemegang Lesen B2/B1 Kini Boleh Semak Kelayakan, Mohon Program Khas Peralihan Kelas B
  • [Kemas Kini] Penggunaan MyDigital ID Untuk Log Masuk Tunggal Aplikasi MyJPJ Ditangguhkan
  • Syarat Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B Dilonggarkan

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY