Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi MyJPJ

Semua Urusan Di Aplikasi MyJPJ Dijangka Boleh Guna Sepenuhnya Pada 2025

Diterbitkan Oktober 2, 2023 ยท Dikemas kini Oktober 2, 2023 oleh Amalina Athman

Semua urusan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disediakan menerusi aplikasi MyJPJ, termasuk pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor (LKM), dijangka dapat digunakan sepenuhnya menjelang 2025.

Berkaitan

  • Cara Semak Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital Melalui Aplikasi MyJPJ
  • Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital

Ketua Pengarah JPJ Datuk Rospiagos Taha berkata sasaran tersebut adalah selaras dengan hasrat jabatan berkenaan ke arah pendigitalan sepenuhnya menjelang tahun tersebut. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kekuatan sistem dibangunkan dalam aplikasi MyJPJ.

Beliau berkata setakat ini hanya beberapa urusan perkhidmatan dapat dilakukan orang awam menerusi aplikasi itu, antaranya semakan lesen memandu dan LKM, semakan saman dan semakan mata demerit.

Ketika ini, pihaknya dalam proses interim dan sedang melaksanakan projek perintis bagi urusan pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam kalangan warga JPJ bagi menilai tahap kestabilan sistem yang dibangunkan menerusi aplikasi itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata proses interim berkenaan memberi peluang kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ sama ada menerusi aplikasi MyJPJ atau berurusan di kaunter perkhidmatan JPJ.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
  • Filem AI Pertama China Berharga ~RM6.1 Juta Mula Ditayangkan Di Pawagam
  • Bose Rasmi Ambil Alih Skullcandy, Jenama Kekal Beroperasi Berasingan
  • Cara Mohon Gantian MyKad Melalui Aplikasi MyGOV
©2026 WISER.MY