Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital

Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital

Diterbitkan Ogos 3, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 3, 2023 oleh Amalina Athman

Seperti sedia maklum, Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada Februari 2023 telah mengumumkan pelaksanaan lesen memandu digital melalui aplikasi MyJPJ.

Selaras dengan pengumuman itu, pengguna kini boleh memperbaharui lesen memandu dengan lebih mudah melalui portal MySikap. Jika sebelum ini, pembaharuan lesen secara dalam talian memerlukan penghantaran kad fizikal atau pengambilan di kaunter JPJ terdekat.

Namun, pembaharuan lesen kini tidak lagi memerlukan kad fizikal dan akan dikemas kini secara terus melalui aplikasi MyJPJ.

Berkaitan

  • Cara Semak Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital Melalui Aplikasi MyJPJ
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital
  • MOT Beri Kebenaran Khas Perbaharui Lesen Memandu Tamat Tempoh Tanpa Jalani Semula Ujian

Cara perbaharui lesen memandu tanpa kad fizikal

Untuk memperbaharui lesen memandu tanpa kad fizikal, ikut langkah di bawah.

1. Buka dan log masuk portal MySikap sama ada melalui telefon atau PC.

Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital

2. Klik tab “Lesen Memandu” dan pilih “Pembaharuan Lesen Memandu”.

Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital

3. Setelah itu, pilih “Jenis Lesen” dan “Tempoh” untuk pembaharuan lesen dari 1 hingga 10 tahun. Kemudian tekan “Cari”.

Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital

4. Tatal ke bawah dan tekan “Bayar”.

5. Seterusnya pilih kaedah pembayaran sama ada melalui kad kredit atau perbankan internet. Sebagai contoh, saya memilih “Perbankan Internet” dan klik pada “Individu” serta jenis bank. Kemudian, tekan “Bayar”.

Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital

5. Setelah selesai transaksi, anda boleh mencetak resit sebagai rujukan. Anda kini boleh menyemak lesen memandu melalui “Profil” di aplikasi MyJPJ.

Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital

Walaupun tidak lagi diwajibkan untuk menggunakan kad fizikal, pengguna masih boleh memilih untuk mengambil kad fizikal lesen memandu dengan membawa resit transaksi ke kaunter JPJ berdekatan.

Atau sebaliknya, gunakan sahaja aplikasi MyJPJ untuk semakan lesen memandu. Tambahan pula, lesen memandu digital ini akan dilaksanakan sepenuhnya tidak lama lagi. Namun, buat masa ini, belum ada sebarang tarikh rasmi ditetapkan.

Itu sahaja tips kali ini. Semoga bermanfaat. Tinggalkan komen jika ada cadangan atau penambahbaikan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY