Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelancaran Siri Xiaomi 13 Di China Dijadual Semula Pada 11 Disember

Pelancaran Siri Xiaomi 13 Di China Dijadual Semula Pada 11 Disember

Diterbitkan Disember 8, 2022 ยท Dikemas kini Disember 8, 2022 oleh Amalina Athman

Xiaomi sebelum ini telah mengumumkan pelancaran siri Xiaomi 13 untuk pasaran China akan berlangsung pada 1 Disember 2022. Bagaimanapun, acara tersebut kemudiannya telah ditangguhkan susulan kematian bekas presiden China iaitu Jiang Zemin.

Berkaitan

  • Snapdragon 8 Gen 2 Diperkenalkan - Lebih Pantas Dan Efisien, Wi-Fi 7, Spatial Audio
  • Beberapa Imej Xiaomi 13 Dan 13 Pro Didakwa Tertiris, Perlihatkan Rekaan Sebenar
  • Bekas Presiden China Meninggal Dunia, Xiaomi Tunda Pelancaran Hari Ini, Jenama Lain Ikut Sama
  • Telefon Pintar Dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2 Bakal Tersedia Menyokong Teknologi Bluetooth Tercanggih

Terkini, Xiaomi melalui Weibo mengesahkan acara pelancaran siri Xiaomi 13 dijadualkan semula pada 11 Disember ini.

002p2Zyzly1h8w7xtaidaj61hc1404qp02 (1)

Menyentuh spesifikasi, setakat ini Xiaomi telah mengesahkan siri Xiaomi 13 akan dijana cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2. Dari segi kamera, Xiaomi 13 Pro akan dilengkapi sensor kamera 1-inci Sony IMX989. Antara lainnya, siri ini menampilkan lensa telefoto 75mm dengan apertur f/2.0, yang dikuasakan oleh Leica.

Pelancaran Siri Xiaomi 13 Di China Dijadual Semula Pada 11 Disember

Berbalik kepada acara itu nanti, Xiaomi turut menjadualkan pengenalan antara muka baharu, iaitu MIUI 14. Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi mengenai spesifikasi penuh siri Xiaomi 13 melalui acara yang akan berlangsung di China pada 7.00 malam, 11 Disember 2022.

Sumber: Xiaomi Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
©2026 WISER.MY