Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Xiaomi 13 Akan Diperkenal 1 Disember Ini

Siri Xiaomi 13 Akan Diperkenal 1 Disember Ini

Diterbitkan November 28, 2022 ยท Dikemas kini November 28, 2022 oleh Amalina Athman

Xiaomi kini mengumumkan pelancaran siri Xiaomi 13 secara rasmi dijadualkan berlangsung pada 1 Disember 2022, di China.

Berkaitan

  • Rekaan Rata Hampir Seperti iPhone, Mungkin Ini Rupa Xiaomi 13
  • Snapdragon 8 Gen 2 Diperkenalkan - Lebih Pantas Dan Efisien, Wi-Fi 7, Spatial Audio

Melalui Weibo, dinyatakan siri itu bakal hadir dengan dua model yang terdiri daripada Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Selain siri Xiaomi 13, bakal diumumkan dalam acara itu nanti adalah pengenalan antara muka baharu, iaitu MIUI 14.

Siri Xiaomi 13 Akan Diperkenal 1 Disember Ini

Dari segi spesifikasi, siri ini dijangka hadir dengan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2 yang diumumkan baru-baru ini. Untuk tetapan kamera, penjenamaan Leica pada poster mengesahkan ia akan dilengkapi dengan sokongan lensa daripada jenama itu.

Antara lainnya adalah sistem operasi Android 13 dengan MIUI 14. Untuk lain-lain spesifikasi, dijangka lebih banyak mengenainya akan didedahkan dari semasa ke semasa, menjelang pelancaran pada 1 Disember, jam 7.00 malam.

Di sisi yang lainnya, dengan pengumuman tarikh pelancaran bagi siri Xiaomi 13, ia sekali gus menepis ura-ura sebelum ini yang menyatakan siri peranti terbaharu Xiaomi akan dinamakan sebagai Xiaomi 14. Dalam pada itu, belum lagi diketahui bila siri Xiaomi 13 akan dilancarkan untuk pasaran global.

Sumber: Xiaomi Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY