Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Senarai Jenama Terawal Yang Akan Melancarkan Peranti Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 2

Telefon Pintar Dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2 Bakal Tersedia Menyokong Teknologi Bluetooth Tercanggih

Diterbitkan Disember 6, 2022 oleh ariff bukhari

Salah satu teknologi terbaru yang dimuatkan ke dalam cip pemprosesan terbaru Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 adalah sambungan tanpa wayar Bluetooth yang dikenali sebagai Auracast.

Auracast ialah teknologi penyiaran yang disokong oleh audio Bluetooth LE, standard Bluetooth bertenaga rendah yang diperkenalkan pada tahun 2022.

Auracast membolehkan anda menyambungkan secara lancar dengan memainkan audio dari dua peranti yang berbeza, berkongsi audio dengan rakan dan juga menstrim ke sebilangan besar orang di ruang awam.

Berkaitan

  • Snapdragon 8 Gen 2 Diperkenalkan - Lebih Pantas Dan Efisien, Wi-Fi 7, Spatial Audio
  • Snapdragon 8 Gen 2 Dibina Untuk Sensor 1 Inci, Kamera 200MP, Rakaman 8K
  • Senarai Telefon Yang Dilengkapi Cip Snapdragon 8 Gen 2

Sebagai contoh adalah Auracast mungkin berupaya meningkatkan pengalaman pengguna ketika berada di lapangan terbang atau gimnasium.

Malah kualiti audio yang dihasilkan juga dijangka lebih baik dari teknologi sedia ada.

Untuk menggunakan teknologi ini, anda perlulah menyambungkannya dengan peranti (fon kepala atau TV) yang menyokong Auracast.

Pihak kawal selia teknologi ini, Bluetooth SIG menjangkakan Auracast akan tersedia dalam peranti-peranti pintar sebelum berakhirnya tahun 2022 ini.

Sumber: trustedreviews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY